Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....

.....Farhan's Blog.....

we all live under the same sun then why can't we live as one ???

My Shoutbox..Let SHOUT!!!
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x
My Friends Blogs
Today's History
My Jiwang Torrent
Ads
Referer
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Snap Shots
Get Free Shots from Snap.com
Wednesday, October 31, 2007
CINTA IBARAT MENUNGGU BAS
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

sumber: TorrentMalaya Forum
posted by Farhan @ 9:16 PM   0 comments
Rayuan turunkan cukai motosikal berkuasa sederhana
Bagi pihak seluruh peminat dan penunggang motosikal di malaysia,saya ingin merayu kepada pihak kementerian kewangan malaysia serta pihak kementerian perdagangan antarabangsa dan industri agar menurunkan cukai import ke atas jualan yang dikenakan keatas motosikal berkuasa sederhana diantara 250cc hingga 500cc dan membenarkan model-model kelas tersebut dibawa masuk ke negara ini tanpa sebarang sekatan. Ini adalah untuk faedah sebahagian besar pengguna motosikal yang mampu dan ingin menggunakan motor dalam kategori tersebut bagi menjimatkan perbelanjaan pengangkutan harian.
Ianya juga merupakan satu keperluan masa kini kerana kebanyakannya pekerja di Kuala Lumpur adalah dari penempatan luar kawasan lembah kelang.Penempatan di Kuala Lumpur kian padat dan mahal kosnya, oleh itu penempatan diluar kuala lumpur terpaksa menjadi pilihan rakyat.Justeru itu,rakyat malaysia kebanyakannya memilih untuk menunggang motosikal berulang-alik bagi urusan kerja harian, malah ada juga untuk tujuan pulang ke kampung halaman bila tiba musim perayaan. fenomena ini terjadi setelah kos sara hidup kian meningkat setiap tahun seperti bebanan kos petrol,tol,caj parking,jalan sesak dan sebagainya lagi.
Jika dibuat perbandingan diantara motosikal cubcai dan motosikal kuasa sederhana ini, motosikal cubcai terbukti tidak selamat ketika membuat perjalanan di lebuh raya.kelajuan yang stabil bagi motosikal cubcai sepatutnya hanya 80km/j sahaja (meter kelajuan kereta baru mencecah 60km/j). oleh itu potensi kes kemalangan yang melibatkan motosikal cubcai dirempuh oleh kenderaan lebih besar,selain itu penunggang motosikal cubcai juga sering menunggang laju lalu menyebabkan kehilangan kawalan kestabilan motosikal cubcai itu sendiri.Oleh itu, penunggang lebuh raya memerlukan motosikal yang mampu mengharungi lebuh raya dengan yakin dan selamat.
Motosikal kelas 250cc-500cc ini adalah pilihan yang lebih selamat digunakan berbanding motorsikal jenis cubcai dan skuter,kerana ianya lebih besar, lebih berat dan yang penting lebih stabil bila menyusuri lebuh raya. selain itu juga, motosikal berkapasiti sederhana ini tidak banyak menggunakan bahan api dan sama sekali tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.ia amat mudah dikendalikan untuk urusan harian dan boleh dibawa untuk perjalanan jauh dengan selesa dan selamat. ianya juga tidak mudah menciluk dan mencelah,lantas tidak menggangu ketenteraman dan keselamatan orang lain.
Selain itu, perkataan jolokkan 'mat rempit' dapat dipisahkan daripada golongan penungang yang amat memerlukan motosikal untuk urusan harian.'mat rempit' yang rata-ratanya berumur muda belasan tahun sering menjadikan motosikal jenis cubcai yang mampu dimiliki secara mudah untuk kegiatan tak bermoral,kerana perbuatan mereka maka habis kesemuanya penunggang lain terpalik sama.Justeru itu perlu ada perombakan didalam pemilikan jentera ini.saya juga mengesyorkan pemilikan motosikal berkapasiti sederhana ini dikhaskan untuk mereka yang berumur 25 tahun keatas sahaja.
Oleh itu diharapkan cukai import keatas motosikal berkuasa sederhana ini diturunkan dan dilonggarkan sekatan keatas kemasukannya.Jika cukai direndahkan, harga jualan akan menjadi rendah.Pastinya ramai yang berkelayakan dan mampu membelinya serta akan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana turut perihatin dengan keperluan sebahagian besar rakyat negara ini.
Semoga rayuan ini akan diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.

-- MALAYSIAN BIKERS COMMUNITY --


p/s: setuju 100 %

sumber: Malaysian Bikers Community Forum
posted by Farhan @ 5:44 PM   0 comments
Sunday, October 28, 2007
Open House
Seperti yang dijanjikan, rumah pertama dalam list open house semalam ialah rumah Radin. Makanan yang ada kat sini ialah mee kari, soto, laksa dan rendang. Pastu pukul 4 pulak move on the next house iaitu rumah Ezu kat Subang. Makanan kat sini tak kurang hebatnya iaitu nasi dagang serta lauk pauk yang sedap giler di samping kuih talam yang enak. Malam pulak giliran rumah Ijai, iaitu rumah yang wajib pegi dengan memakai baju melayu. Makanan yang best dan unik kat sini ialah sagu, sate, kek coklat dan mee kari buatan mama Ijai. Aduih...dah macam program jalan2 cari makan pulak, kenyang beb.



Kat rumah Ezu ni







Kat rumah Ijai ni




p/s: Terima kasih kepada Radin, Ezu dan Ijai yang menjemput ke rumah terbuka.
posted by Farhan @ 3:16 PM   0 comments
Saturday, October 27, 2007
Menangis: Sensitif atau lembik?
JARANG-JARANG rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis. Mungkin ramai lelaki, yang egonya keterlaluan, menafikannya kenyataan ini tetapi usahlah membuang masa, sudah terang lagi mahu bersuluh, lelaki juga menangis!

Ramai lelaki tidak mahu mengakui yang hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, senang terasa sebak lalu menitiskan air mata kerana kononnya lelaki yang menangis, tidak macho (tidak jantan). Relevankah?

Cuba kita perhatikan sekeliling, tidak perlu jauh, perhatikan bapa atau datuk, abang juga adik lelaki, paling tidak teman lelaki atau suami, betapa mudah juga mereka berasa sebab, menitiskan air mata, petanda mereka juga manusia biasa, tiada yang luar biasa, ada emosi, punya rasa.

"Lelaki yang kata mereka tidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada saya mereka 'bodoh'. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangis tiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian.

"Lelaki juga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan, soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan," kata Azhar Khairuddin, 46.

Azhar yang bertugas sebagai Pengarah Urusan mengakui dia seorang lelaki yang amat mudah menitiskan air mata.

Hal membabitkan kanak-kanak juga orang tua amat mudah membuat hatinya tersentuh dan tanpa disedari air mata menitis membasahi pipi.

Bagi Azhar, sifatnya itu bukan sesuatu yang memalukan malah dia bangga berperasaan begitu kerana ia menandakan ia seorang manusia yang sensitif dan berhati perut.

"Kisah kanak-kanak didera dan orang tua yang dihantar ke pusat penjagaan orang tua paling mudah membuat saya sebak. Saya sering bertanya pada diri sendiri manusia bagaimana yang sanggup menganiaya dan mendera kanak-kanak begitu kejam dan anak bagaimana yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.

"Pada saya, jawapan mahukan ibu bapa mendapat penjagaan lebih baik di rumah orang tua langsung tidak boleh diterima. Kita sebagai anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa sampai bila-bila sebagaimana ibu bapa menjaga kita kalan senang mahupun susah," katanya yang pernah 'memukul' adiknya gara-gara meninggikan sedikit suara ketika bercakap dengan ibu satu ketika dulu.

Selain isu kanak-kanak dan orang tua, Azhar yang pernah mengetuai misi bantuan kemanusiaan pemuda Umno di Afghanistan beberapa tahun lalu, juga mudah tersentuh dalam perkara berkaitan semangat patriotisme.

Penulis yang juga mengikuti misi berkenaan bersama Azhar, menyaksikan 'kelembutan' hati beliau dengan mata kepala sendiri. Dalam semangat berkobar menyanyikan lagu Negaraku, air matanya meleleh membasahi pipi.

Satu perkara yang lebih menggelikan hati mengenai Azhar, dia juga tidak boleh mendengar apatah lagi menyanyikan lagu raya bertajuk Satu hari di Hari Raya nyanyian bertajuk M Nasir.

"Terutama liriknya yang berbunyi Ku lihat wajah suci ibuku, Ku lihat wajah kasih ayahku, Ku gembira, Mungkin inilah dia kebahagiaan, ia benar-benar menyentuh hati saya," katanya yang juga menitiskan air mata tiap kali takbir raya bergema.

Jurutera, Rashdan Rosli, 37, juga seperti Azhar. Tidak langsung terfikir kelelakiannya tercabar hanya kerana tidak lokek menitiskan air mata.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sensitif, Rashdan bukan saja menangis ketika sedih malah saat gembira juga mampu membuatkan beliau menitiskan air mata.

"Saya menangis sedih paling teruk ketika datuk meninggal dunia pada 1997 dulu. Saya amat rapat dengannya dan pemergiannya membuatkan saya rasa kehilangan sesuatu yang amat berharga.

"Saya juga menangis gembira ketika lulus ujian kejuruteraan dulu. Terlalu gembira. Kesimpulannya, tidak bermakna apabila lelaki menangis, lelaki itu tak kuat, tak 'jantan', tak macho, cuma hati tersentuh dengan sesuatu kejadian," katanya yang mudah menitiskan air melihat kanak-kanak dianiaya dan didera.

Nyata Azhar dan Rashdan manusia normal jika melihat pada penjelasan pakar psikiatri University of Minnesota, Dr William Frey seperti dipetik daripada Wikipedia.

Katanya, dalam soal menangis, tiada beza antara lelaki dan wanita. lelaki dan wanita mengalami tekanan emosi yang serupa dan lelaki seperti wanita juga berhak untuk menangis supaya jiwanya tidak tertekan.

Cuma, katanya, lelaki sengaja menahan air matanya supaya tampak perkasa dan jantan. Ia berkaitan dengan cara didikan. lelaki diajar tidak boleh menangis, mereka harus menahan rasa sedih dan menitiskan air mata.

"Kalau perempuan menangis, ia perkara biasa. Anggapan sinis semua hanyalah satu budaya, yang diamalkan turun-temurun. Hakikatnya, lelaki juga menangis apabila berlakus esuatu yang menyentuh hati mereka. Malah, dalam keadaan tertentu, mereka boleh menangis tersedu-sedu seperti anak kecil," katanya.

Oleh itu, lelaki, jejaka sekalian, jangan takut untuk menangis. Ia perkara yang perlu dilakukan. Buat apa menahan sedih hingga terasa sebab di dada. takut dianggap lembik, tidak macho oleh wanita? Jangan! Itu tindakan dan andaian yang salah.

INFO: Menangis

Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis `menangis dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan 'tangisan yang berkesan', memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa.

p/s: menangis di aidilfitri :)

sumber:berita harian 27 oct 2007
posted by Farhan @ 10:00 AM   0 comments
Friday, October 26, 2007
Open house season
Ermm...yeahh...masih lagi terasa panasnya suasana hari raya. Sebut pasal hari raya memang tak sah kalau tak ada open house yer tak. Klau tak open house kira ada orang open table pun ok lar jugak,hehee. Sepanjang minggu lepas, banyak aktiviti yang dilakukan sempena hari raya ini. Ini dimulakan dengan Asian International Motorcycle Expo 2007 dan Polini MotoGP 2007.

Untuk melihat koleksi gambar sila ke http://mofarby.fotopages.com

Hari Selasa plak ada discussion n open table oleh tutor.Malamnya plk jumpa kawan2 lama2 sempena hari raya kat alamanda. Hari Rabu Azhar a.k.a Tokapi open table KFC,dah jadik org kerajaan lar katakan. Hari Khamis open house rumah laili,pegi ngn Radin dan Wanie. Hari Sabtu plk open house rumah Radin n Ijai. Fuhhh...susun jer dulu schedule utk gi smua rumah2 yg dijemput nih.
posted by Farhan @ 10:12 AM   0 comments
Wednesday, October 10, 2007
Perutusan Raya 2007 - Mohd Farhan bin Yahaya



Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Taala yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Alllah SWT kerana dengan keizinanNya jua maka pada hari ini dapat kita bersama-sama menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari kebesaran yang kita raikan bersama-sama dengan keluarga selepas menyempurnakan kewajipan puasa Ramadhan. Bersyukurlah juga kerana kita dapat menyempurnakan ibadat puasa dalam suasana yang cukup selesa.

Kepada mereka yang melakukan perjalanan pada Aidilfitri ini, samada untuk pulang ke kampung halaman mahupun menziarahi sanak-saudara dan handai taulan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan dan berhati-hatilah di jalan raya. Adalah lebih baik kita tiba lewat sedikit daripada terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan.Ingatlah orang yang tersayang.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mewakili diri dan keluarga saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Mohon dimaafkan segala dosa salah dan silap saya,serta halalkan makan minum disepanjang perkenalan kita yang masih singkat ini.

Salam Aidilfitri & Ikhlas :

Mohd Farhan bin Yahaya
Universiti Tenaga Nasional
43009 Kajang,Selangor.


p/s:
* esok balik kampung rumah atok...yehh yeehhh...yehhaaa
* ni saya bagi duit raya nih,amik lar yerr,jgn malu2...heheee

posted by Farhan @ 12:10 AM   0 comments
Saturday, October 06, 2007
Funny story
The husband leans over and asks his wife, "Do youremember the first time we had sex together over fifty years ago? We wentbehind this very tavern where you leaned against the back fence and I made loveto you."

"Yes", she says, "I remember it well."

"OK," he says,

"How about taking a stroll around there again we can do it for old time's sake?"

"Oh Charlie, you old devil, that sounds like a crazy, but good idea!"

A police officer sitting in the next booth heard their conversation and, havinga chuckle to himself, he thinks to himself, I've got to see these twoold-timers having sex against a fence. I'll just keep an eye on them so there'sno trouble. So he follows them. The elderly couple walks haltingly along,leaning on each other for support aided by walking sticks. Finally, they get tothe back of the tavern and make their way to the fence. The old lady lifts herskirt and the old man drops his trousers. As she leans against the fence, theold man moves in. Then suddenly they erupt into the most furious sex that thepoliceman has ever seen. This goes on for about ten minutes while both aremaking loud noises and moaning and screaming. Finally, they both collapse,panting on the ground. The policeman is amazed. He thinks he has learned something about life and old age that he didn't know. After about halfan hour of lying on the ground recovering, the old couple struggle to theirfeet and put their clothes back on. The Policeman is still watching and thinks to himself, this is truly amazing, I've got to askthem what their secret is.

So, as the couple passes, he says to them, "Excuse me, but that wassomething else. You must've had a fantastic sex life together. Is there somesort of secret to this?"

Shaking, the old man is barely able to reply, "Fifty years ago that wasn'tan electric fence!!!"
posted by Farhan @ 5:40 AM   0 comments
Learn to speak chinese in 5 minutes
Are you harboring a fugitive?
Hu Yu Hai Ding?

See me A.S.A.P.
Kum Hia Nao

Stupid Man
Dum Gai

Small Horse
Tai Ni Po Ni

Your price is too high!
No Bai Dam Ting!!

Did you go to the beach?
Wai Yu So Tan?

I bumped into a coffee table
Ai Bang Mai Ni

I think you need a facelift
Chin Tu Fat

It's very dark in here
Wai So Dim?

Has your flight been delayed?
Hao Long Wei Ting?

That was an unauthorized execution.
Lin Ching

I thought you were on a diet
Wai Yu Mun Ching?

This is a tow away zone.
No Pah King

You know the lyrics to the Macarena?
Wai Yu Sing Dum Song?

You are not very bright
Yu So Dum

I got this for free
Ai No Pei

I am not guilty
Wai Hang Mi?

Please, stay a while longer.
Wai Go Nao?

Our meeting was scheduled for next
week.
Wai Yu Kum Nao

They have arrived
Hia Dei Kum

Stay out of sight
Lei Lo

He's cleaning his automobile
Wa Shing Ka

Your body odor is offensive
Hu Man Go!

Pew! does this bathroom stink!
Hu Flung Dung?
posted by Farhan @ 5:33 AM   0 comments
Wednesday, October 03, 2007
Berbuka puasa @ The Coast Southwest Grill, Alamanda Putrajaya






posted by Farhan @ 10:58 AM   1 comments
About Me

Name: Farhan
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
My Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER