Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....
Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah Taala yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Alllah SWT kerana dengan keizinanNya jua maka pada hari ini dapat kita bersama-sama menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari kebesaran yang kita raikan bersama-sama dengan keluarga selepas menyempurnakan kewajipan puasa Ramadhan. Bersyukurlah juga kerana kita dapat menyempurnakan ibadat puasa dalam suasana yang cukup selesa.
Kepada mereka yang melakukan perjalanan pada Aidilfitri ini, samada untuk pulang ke kampung halaman mahupun menziarahi sanak-saudara dan handai taulan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan dan berhati-hatilah di jalan raya. Adalah lebih baik kita tiba lewat sedikit daripada terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan.Ingatlah orang yang tersayang.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mewakili diri dan keluarga saya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Mohon dimaafkan segala dosa salah dan silap saya,serta halalkan makan minum disepanjang perkenalan kita yang masih singkat ini.
Salam Aidilfitri & Ikhlas :
Mohd Farhan bin Yahaya Universiti Tenaga Nasional 43009 Kajang,Selangor.
p/s: * esok balik kampung rumah atok...yehh yeehhh...yehhaaa * ni saya bagi duit raya nih,amik lar yerr,jgn malu2...heheee