Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....

.....Farhan's Blog.....

we all live under the same sun then why can't we live as one ???

My Shoutbox..Let SHOUT!!!
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x
My Friends Blogs
Today's History
My Jiwang Torrent
Ads
Referer
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Snap Shots
Get Free Shots from Snap.com
Thursday, May 29, 2008
Funny: what would you do if you love someone?
Shakespeare:
if you love someone, Set her free ....
If she ever comes back, she's yours,
If she doesn't, here's the poison, suicide yourself for her.

Optimist:
If you love someone, Set her free ....
Don't worry, she will come back.

Suspicious:
If you love someone, Set her free ....
If she ever comes back, ask her why.

Impatient:
If you love someone, Set her free ....
If she doesn't comes back within some time forget her.

Patient:
IF you love someone, Set her free ....
If she doesn't come back, continue to wait until she comes back.

Playful:
If you love someone, Set her free ....
*If she comes back, and if you love her still, set her free again, repeat*

C++ Programmer:
if(you-love(m_she))
m_she.free()
if(m_she == NULL)
m_she= new CShe;

Lawyers:
If you love someone, Set her free,
Clause 1a of Paragraph 13a-1 in the second amendment of the Matrimonial Freedom Act clearly states that....

Bill Gates:
If you love someone,Set her free,
If she comes back, I think we can charge her for re-installation fees but tell her that she's also going to get an upgrade.

Biologist:
If you love someone, Set her free, She'll evolve.

Statisticians:
If you love someone, Set her free,
If she loves you, the probability of her coming back is high If she doesn't, the Weibull distribution and your relation was improbable anyway.

Salesman:
If you love someone, Set her free ....
If she ever comes back, deal!
If she doesn't, so what! "NEXT".

Schwarzenegger's fans:
If you love someone, Set her free,
SHE'LL BE BACK!

Insurance agent:
If you love someone, Show her the plan ....
If she ever comes back, sign her up,
If she doesn't, keep follow up with her and never give up!

Physician:
If you love someone, Set her free ....
If she ever comes back, it's the law of gravity,
If she doesn't, either there's friction higher than the force or the angle of collision between two objects did not synchronize at the right angle.

Mathematician:
If you love someone, Set her free ....
If she ever comes back, 1 + 1 = 2 (peanut!),
If she doesn't, Y = 2X - log(0.46Y^2 + (cos(52/34X)) x 5Y^(-0.5)c) where c is the infinite constant of no turning point.

So what would you do if you love someone?
posted by Farhan @ 10:34 PM   0 comments
Wednesday, May 28, 2008
BATALKAN ISKANDAR MALAYSIA (WPI)?
Majoriti komen berkaitan kehilangan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih yang dikirimkan ke blog kudakepang sejak Jumaat 23 Mei 2008, mendesak pemerintah kita mengkaji semula Iskandar Malaysia supaya projek mega itu dibatalkan buat selama-lamanya.

Iskandar Malaysia diumumkan kewujudannya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Johor Bahru, Johor, pada 30 Julai 2006.

Pada mulanya, projek mega ini hanya seluas 1,970 kilometer persegi dan dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Selatan Johor (SJER). Kemudiannya, ia dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi - tiga kali ganda saiz Singapura atau 48 kali ganda keluasan Putrajaya. Selepas PRU12, projek ini dikenali sebagai Iskandar Malaysia

Sewaktu mengumumkan projek mega ini Abdullah berkata: ‘‘Ini cadangan saya. Bukan orang lain yang beri idea ini. Idea ini idea saya untuk memperkasakan pembangunan.. pembangunan yang boleh menjadi pemacu pembangunan negara kita supaya kita dapat mencapai matlamat Wawasan 2020.”


Kata Abdullah lagi, wilayah ini “memberi tanah yang begitu luas. Kawasan ini ada kelebihan. Kawasan ini mempunyai harga tanah yang tidak begitu tinggi berbanding tempat yang lain.”

Bagaimanapun, tidak lama selepas pengumuman Abdullah, satu demi satu kisah kontroversi mengenai projek mega ini mula menjelma.

Pertama sekali adalah mengenai zon akses bebas yang membolehkan sesiapa sahaja daripada Singapura masuk ke wilayah projek mega ini tanpa menggunakan apa-apa dokumen perjalanan. Perkara ini dibantah sekeras-kerasnya oleh rakyat Malaysia. Akhirnya kerajaan pun membatalkan keistimewaan berkenaan.

Seterusnya adalah mengenai penyertaan usahawan Bumiputera atas dasar merit. Maksudnya, semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diterapkan ke dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN) tidak relevan di Iskandar Malaysia. Kontroversi ini berlarutan hingga ke hari ini.

Kemudian wujud pula kisah sebidang tanah yang dipercayai sudah digazetkan oleh kerajaan untuk dijadikan pusat pemerintah pertahanan selatan oleh Kementerian Pertahanan. Gazet ke atas tanah ini dikatakan telah dibatalkan supaya tanah berkenaan dijadikan kawasan pembangunan komersil. Tiada sesiapa memberikan komen mengenai hal ini sehingga sekarang.

Terbaru sekali adalah ura-ura pembinaan sebuah jambatan raya atau super bridge daripada Singapura ke Iskandar Malaysia. Sebuah syarikat perunding dikatakan telah mengenalpasti lokasi paling sesuai untuk super bridge ini. Salah satu lokasi yang dicadangkan adalah daripada Singapura menuju betul-betul ke arah Nusajaya - pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang baru. Satu kertas kerja mengenai jambatan raya ini sudah pun dibentangkan di persidangan “North of the Border” di Ritz Carlton Hotel, Singapura, pada 27 Jun 2007.

Apa yang menarik mengenai jambatan raya adalah ciri-ciri strukturnya yang kalis bom. Setiap hala lorongnya pula adalah lebih lebar daripada jambatan biasa. Ini kerana jambatan seperti ini lazimnya dibina berasaskan keperluan ketenteraan dan lain-lain perkiraan strategik berkaitan dengannya.

Oleh itu, segolongan rakyat Malaysia prihatin pun berasa cuak dan prasangka akan matlamat sebenar di sebalik ura-ura pembinaan jambatan berkenaan yang kononnya didayausahakan oleh pihak Singapura.

Satu lagi maklumat mengenai Iskandar Malaysia yang tidak dihuraikan oleh Abdullah dan kurang diketahui oleh rakyat jelata adalah kisah di sebalik penubuhannya. Seorang blogger di Johor mendakwa bahawa penubuhan Iskandar Malaysia adalah idea Setiausaha Politik Abdullah bernama Dr. Vincent Lim, bekas anak didik Singapura dan graduan Universiti Oxford.

Sejak di peringkat gagasan, Singapura dikatakan dilibatkan sepenuhnya dalam merangka projek mega ini. Blogger yang sama mendakwa bahawa matlamat akhir Iskandar Malaysia adalah mewujudkan wilayah yang dikenali sebagai The Greater Singapore atau Singapura Raya!

Demikianlah antara profil ringkas Iskandar Malaysia. Kini majoriti rakyat Malaysia, terutamanya warga Johor, bimbang projek mega ini akan menjadi satu malapetaka di hari muka. Mereka bimbang, Iskandar Malaysia mungkin suatu hari kelak dituntut kedaulatannya oleh pihak asing.

Adakah kebimbangan seperti di atas munasabah dan perlu diartikulasikan dengan lebih tuntas dan rinci? Adakah pemerintah kita sensitif terhadap kebimbangan seperti ini? Bolehkah Iskandar Malaysia dibatalkan demi kedaulatan negara di hari muka?

Fikir-fikirkanlah dan sampaikan pandangan ikhlas anda menerusi blog ini. Salam perjuangan.

sumber: Ruhanie Ahmad blog
posted by Farhan @ 7:02 PM   0 comments
Monday, May 26, 2008
Pulau Batu Puteh (Pedra Branca)...satu lagi sejarah memalukan Melayu
Pedra Branca (Bahasa Melayu: Pulau Batu Putih) merupakan sebuah pulau tunggul sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor, Malaysia. Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km dari Pengerang dan 64 km ke timur Singapura. Hanya 20 minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang, Johor. Pulau ini merupakan satu subjek pertikaian di antara Malaysia dan Singapura yang mana ia membawa kepada kes tuntutan Mahkamah Antarabangsa di Belanda.

Sejarah
Mengikut tradisi, nelayan Johor menjadikan pulau ini sebagai pulau persinggahan dan menamakannya Pedra Branca kerana berwarna putih dan banyak didiami burung camar laut. Terdapat beberapa pulau lagi di dalam perairan Malaysia yang diberikan nama berdasarkan warna pulau tersebut seperti Pulau Perak di Selat Melaka yang berwarna seakan-akan perak. Sebaliknya orang Portugis menamakannya Pedra Branca yang bermaksud 'batu putih'. Sejak tahun 1583, pelayar Belanda, Johann van Linschoten telah mencatat akan bahayanya pulau ini kepada kapal yang berlayar dari China dan dari selatan Melaka. Antara tahun 1824 hingga 1851 berlaku 25 kemalangan kapal berhampiran pulau itu. Antara tahun 2000 hingga 2004 berlaku 2 kemalangan kapal.

Pada tahun 1851, rumah api telah dibina oleh Kapten James Horsburgh dari Scotland, Empayar British dan dinamakan rumah api Horsburgh. James Horsburgh dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah melakukan kerja-kerja hidrografi dan melukis peta kedalaman kawasan ini. Pembinaan ini bertujuan bagi membantu kapal-kapal yang akan melalui Selat Singapura seterusnya Selat Melaka. Manakala di sebelah timur pula, rumah api di Pulau Pisang telah dibina bagi tujuan yang sama. Bezanya Pulau Pisang adalah sebuah pulau yang besar manakala Pulau Batu Puteh adalah sebongkah batu.

Malaysia mula menuntut pulau tersebut pada tahun 1979 ketika menerbitkan peta rasmi baru, yang memasukkan Pedra Branca dalam perairan laut wilayahnya. Manakala jarak Pedra Branca ini adalah jauh dari Singapura iaitu lebih dari 12 batu nautika. Malaysia mengatakan bahawa apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British pada tahun 1824 [1], penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh. Sultan Johor hanya memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut pada tahun 1844[2]. Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) terletak 46 km (25 batu nautikal) dari Singapura; dan 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor. [3] Pihak Singapura pula hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan di Johor pada masa tersebut berbanding masa kini dengan wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak 1840-an tanpa sebarang tentangan oleh pihak Malaysia. Pulau Batu Puteh, Middle Rocks, dan South Ledge penting sebagai rumah api dan tanda arah di laut.


Alasan sejarah
Istilah Malaysia hanya wujud pada 1963. Sebelum itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Dari 1402 - 1511 dikenali dengan nama kesultanan Melaka. Apabila British menjajah, ia dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (Strait Settlement).

Singapura yang dikenali sebagai Temasik pernah dijajah oleh kerajaan Siam melalui pemerintah Tamagi. Parameswara yang lari dari Palembang telah singgah sekejap dan menukar nama Temasik kepada Singapura. Parameswara telah mengasaskan Empayar Melaka, merupakan kesinambungan Empayar Srivijaya di Palembang.

Apabila Empayar Melaka runtuh pada 1511 oleh Portugis, Empayar Johor-Riau-Lingga telah ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah pada 1528. Logiknya Pulau Batu Puteh dalam lingkungan pentadbiran Empayar Johor-Riau-Lingga ini.

Alasan Malaysia berdiam diri
Singapura banyak berhujah tentang sikap kerajaan dan rakyat Malaysia yang berdiam diri. Taktik 'pengantin perempuan Melayu' ini digunakan oleh Singapura secara habis-habisan. Rakyat dan kerajaan yang bersuara dan membantah dianggap mendapat hak yang lebih. Sebelum 1979 memang Malaysia tidak pernah 'berdetik' tentang pembinaan dan pentadbiran Rumah Api Horsburgh ini.

Oleh kerana Malaysia sebagai 'anak tiri' British yang pasif sedangkan Singapura 'anak angkat' British yang agresif, Singapura mendakwa berhak menjadi pewaris sah pulau-pulau peningalan Empayar British itu. Dalam sistem demokrasi Barat, kumpulan yang banyak bersuara akan mendapat lebih banyak.

Setakat pacak dan mengibarkan bendera tidaklah bermasalah sangat bagi Malaysia. Empayar British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris pernah mengibarkan bendera mereka. Singapura juga mengibarkan bendera Singapura di pulau Batu Putih. Malaysia juga pernah mengibarkan bendera Malaysia di Woodland, Singapura dan di stesen keretapi Tanjung Pagar.

Alasan pentadbiran Rumah Api Horsburgh
Rumah api yang khusus untuk membantu pelayaran kapal dagang di Pulau Batu Puteh tidak diperlukan pada zaman Melaka atau zaman kerajaan Johor-Riau. Tetapi rumah api Tanjung Tuan di sempadan Melaka-Negeri Sembilan telah wujud sekian lama untuk membantu kapal berlabuh di Pelabuhan Melaka. Bukit Melaka (Bukit St. Paul) sendiri mempunyai 'rumah api'.

Kerajaan Portugis dan Belanda di Melaka tidak pernah membina rumah api di Pulau Batu Puteh. Istilah 'Pedra Branca' merupakan istilah Portugis kerana ahli pelayaran Portugis memang aktif dan bijak dalam aktiviti pemetaan / kartografi seluruh dunia.

Hanya kerajaan Negeri-negeri Selat yang merasakan keperluan membina rumah api di Pulau Batu Puteh mulai 1847. Banyaknya kemalangan kapal dagang dan aktiviti lanun yang berleluasa di kawasan itu memerlukan sebuah rumah api dibina. Jika tidak lebih banyak kapal dagang akan terlanggar batu karang sekitar Pulau Batu Puteh.

Pentadbiran dan tindakan Singapura di Pulau Batu Puteh sejak pembinaan Rumah Api Horsburgh oleh Kapten James Horsburgh dari Scotland, British pada 1847-1851 tidak dibantah oleh kerajaan negeri Johor / Empayar Johor-Riau. Diam tidak beerti setuju dan mengiktiraf pulau itu hak Singapura. (Bagaimanapun pembinaan dan pengurusan rumah api Horsburgh hanya dengan kebenaran Sultan Johor pada 1844.) [4]

Singapura membina tapak pendaratan helikopter pada 1992 dan rumah radar pada 1989 di Pulau Batu Puteh dengan tujuan mengawal kegiatan lanun. (Semua pembinaan selepas 1979 adalah dibantah secara rasmi oleh Kerajaan Malaysia.)
Surat pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 1953 menyatakan kerajaan negeri Johor tidak membuat sebarang tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh yang ditadbir Singapura ketika itu. (Perlembagaan Malaysia telah menetapkan kerajaan negeri tidak berkuasa membuat perjanjian dengan kerajaan luar melainkan melalui kerajaan pusat.)

Alasan empayar
Jelas sekali Portugis, Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu Puteh. Dalam hikayat Melayu lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau Singapore sekarang. Singapura amat bergantung bukti, dokumen, surat-menyurat, pentadbiran pulau itu oleh Empayar British. Secara analogi, jika Selat Tebrau pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura. Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah Empayar British, Empayar Belanda, Empayar Portugis, Empayar Johor-Riau, Empayar Melaka, Empayar Srivijaya atau sebelum itu lagi.

Alasan jarak
Daratan yang paling dekat Pulau Batu Puteh / Pedra Branca ialah Johor, Malaysia. Jaraknya hanya 7 km. Sedangkan jarak dengan Singapura 22 batu nautika.


Terra Nullius
Terra Nullius ialah tempat tidak dituntut oleh negara berdaulat yang disahkan oleh kuasa Barat - "unclaimed by a sovereign state recognized by European powers". Terra nullius. Singapura menyatakan Pulau Batu Puteh seluas padang bola sepak itu tidak berpenghuni, rakyat Malaysia tidak menghuni pulau itu sejak sekian lama. Oleh itu Singapura berhak menuntut pulau itu.

Sebaliknya Malaysia mendakwa pulau itu bukanlah terra nullius. [5]Ini kerana pulau itu menjadi tempat nelayan untuk berlindung apabila berhadapan dengan ribut kencang dan ancaman lanun . Malah perairannya menjadi kawasan penangkapan ikan yang strategi bagi Orang Laut di Pengerang dan Teluk Ramunia , Johor. Jika mereka tidak berlindung di Pulau Batu Puteh, bot nelayan akan hanyut ke Pulau Bintan, Indonesia untuk mendapatkan sebarang bantuan, tentunya lebih sukar.

Pada 1621 dalam carta ahli pelayaran China, Wubei Zhi mencatatkan saudagar China menamakan pulau ini sebagai 'Pia Chiao'. Ini menunjukkan pulau ini penting dan bukanlah terra nullius.

Artikel 1843 ada menyatakan kegiatan lanun yang merujuk kepada Batu Puteh. Begitu juga peta 1928, jelas sekali dinamakan sebagai 'Batu Puteh'.

Saiz pulau itu amat kecil untuk Malaysia menjalankan aktiviti bagi menyaingi aktiviti Singapura. Separuh dari pulau itu telah dipenuhi dengan rumah api dan kemudahan sampingan.[6]Adakah Malaysia perlu membina sebuah lagi rumah api di situ sebagaimana kehendak Singapura?

Alasan Perjanjian 1824
Empayar British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Stamford Raffles telah 'membuka' dan mendapatkan pulau Singapura dari Sultan Husain dari Kesultanan Johor pada 1819.

Apabila Perjanjian 1824 ditandatangani antara Empayar British dengan Belanda pada 17 Mac 1824, dengan jelas Singapura termasuk / tertakluk dalam Empayar British. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 hanya melibatkan pulau Singapura dan wilayah di selatan Selat Singapura. Great Britain dan Singapura tidak pernah menuntut kedaulatan ke atas tiga kawasan itu pada bila-bila masa sebelum tarikh penting berkaitan pertikaian sekarang (1980 bagi kes Pulau Batu Puteh dan 1993 bagi kes dua kawasan lain itu).

Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) serta pulau lain di sekitar Selat Singapura adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor sebelum 1824.

Undang-undang dan amalan perjanjian yang diguna pakai oleh Singapura, penerbitan serta petanya dan kenyataan oleh pegawai-pegawai Singapura yang berpengetahuan, kesemuanya mengesahkan bahawa tiga tempat berkenaan bukan wilayah negara itu, tetapi ditadbir sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura.

Perjanjian Crawfurd
Perjanjian Crawfurd atau Crawfurd Treaty ditandatangani pada 2 Ogos 1824 antara Great Britain dengan Kesultanan Johor. Melalui perjanjian ini, Kesultanan Johor menyerahkan pulau Singapura bersama-sama pulau-pulau dan batu-batu dalam lingkungan 10 batu sahaja kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Sedangkan Pulau Batu Puteh 25.5 batu nautika dari Singapura.

Surat Temenggung Johor
Pada 25 November 1844, surat kebenaran membina Rumah Api Horsburgh telah diberikan oleh Temenggung dan Sultan Johor. Pembinaan operasi rumah api dibenarkan 'berdekatan dengan Titik Romania' atau di mana-mana yang sesuai. Pulau Batu Puteh ini berdekatan dengan Titik Ramunia tersebut. Dana dari pihak swasta telah dikumpulkan sejak 1836 untuk membina rumah api itu.

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Profesor Shunmugam Jayakumar yakin surat ini berada disimpan oleh kerajaan Johor atau waris Sultan Ali atau Temenggong berkenaan. Pihak arkib Singapura telah berusaha mengesannya tetapi tidak berjumpa.

Operasi Rumah api dari Singapura
Semua sistem rumah-rumah api ditadbir oleh Negeri-negeri Selat / Penempatan Selat iaitu di stesen Singapura, Melaka atau Pulau Pinang. Sejak 1912 Persekutuan Tanah Melayu turut menyumbang kos operasi rumah api apabila swasta enggan membiayai rumah-rumah api itu.

Rumah api yang lain termasuklah di Pulau Pisang, Pulau Undan, Cape Ricardo, Muka Head dan Pulau Rimau. Operasi dari Singapura tidak berubah dan diteruskan tanpa sebarang masalah.

Tentera Laut Malaya kemudian dinamakan Tentera Laut Diraja Malaysia bertanggungjawab terhadap Singapura sehingga 1975 apabila Singapura mempunyai tentera lautnya sendiri. Tentera Laut Diraja Malaysia terus beroperasi di pangkalan Woodland, Singapura sehingga 1980-an tanpa sebarang masalah. Woodland hanya diserahkan kepada Singapura pada 1997.

Sebelum dan selepas pembentukan tentera laut Singapura, pasukan British dan Malaysia berterusan mengawal perairan Selat Melaka, Laut China Selatan, termasuk Pulau Batu Puteh.

94,000 kapal melalui Selat Melaka pada 2004 dan akan meningkat kepada 141,000 buah pada 2020. Pada 16 November 1971, tiga negara yang intim iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura sepakat untuk menguruskan Selat Melaka.

Anehnya kini Singapura agresif mengubah karakter dan penampilannya di Pulau Batu Puteh.

Pada 1969 Malaysia secara rasmi meminda wilayah pentadbiran daripada 3 kepada 12 batu nautika. Tentunya termasuk Pulau Batu Puteh. Tetapi Singapura tidak pula protes. Hanya sejak 1986, Singapura menghantar kapal tentera laut mengawasi Pulau Batu Puteh dan meronda 24 jam. Sebelum itu tidak ada rondaan 24 jam. Sejak itu nelayan Johor berada dalam bahaya, dihalau dan mungkin diancam dan ditembak jika 'menceroboh'. Pihak Malaysia tidak mengambil pendekatan konfrontasi terhadapi situasi tegang itu. Kemudian Malaysia dapat tahun Singapura telah menempatkan peralatan komunikasi tentera sejak 1977 lagi.

Peta Malaysia 1979
Pada 20 Disember 1979, Kementerian Luar Malaysia menghantar telegram kepada semua Misi Asean tentang keputusan Malaysia untuk mengeluarkan peta baru. Peta baru tidak bermaksud tuntutan baru, tetapi hanya petunjuk mengenai hak Malaysia di perairan laut wilayah dan pelantar benua Melaysia berdasarkan perjanjian-perjanjian sedia ada dan perundangan antarabangsa. Malaysia telah memaklumkan peta Malaysia 1979 kepada 7 negara jiran iaitu Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan China. Semua 7 negara ini telah membantah kerana Malaysia cuba mengubah status quo.[7]

Pada 21 Disember 1979, mesyuarat pertama antara Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian luar Malaysia dengan Pesuruhjaya Tinggi Singapura. Ketika itu tidak ada bantahan dari Singapura.

Pada 13 Mei 1980, Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Malaysia ada memberi respond terhadap kenyataan Lee Kuan Yew berhubung dokumen yang disimpan oleh Singapura. Tetapi sehingga kini dokumen definitif itu tidak ditunjukkan di mahkamah.[8]

Pada 14 Februari 1980, Singapura membuat bantahan rasmi menuntut Pulau Batu Puteh sebagai miliknya.Nota ini yang mencetuskan pertikaian. Tarikh kritikal ini penting dari sudut undang-undang sempadan. Selepas tarikh ini, Singapura tidak lagi bertindak normal berbanding fungsinya sebagai pengendali rumah api.[9]

Singapura hanya menuntutMiddle Rocks dan South Ledge hanya sejak 6 Februari 1993.

Surat Gabenor Butterworth
Surat Gabenor Butterworth yang dirujuk dalam Perjanjian Crawfurd tidak terdapat di mana-mana arkib Malaysia. Malangnya 1994 Singapura enggan membenarkan pihak Malaysia akses ke arkib di negara tersebut. Surat ini dirujuk sebagai 'Letters of Native Rulers'.

Dokumen bertulis
Singapura tidak mengemukakan sebarang dokumen bertulis. Sebaliknya Malaysia mengemukakan 7 dokumen bertulis itu :

Surat dari Residen British di Singapura pada 10 Januari 1824 kepada pentadbiran di India mengenai jajahan Johor.
Perjanjian Crawfurd antara Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan Sultan dan Temenggung Johor yang berlangsung pada 1824. Artikel II Perjanjian Crawfurd menyatakan Sultan dan Temenggong Johor menyerahkan kawasan berupa perairan, selat dan pulau-pulau terletak 10 batu dari pantai.

Surat Crawfurd bertarikh 3 Ogos 1824 yang mengiktiraf kedaulatan Johor ke atas pulau-pulau kecil dalam longkungan 10 batu dari Singapura.

Surat Crawfurd pada 1 Oktober 1824
Laporan Presgrave (Edward Presgrave) bertarikh 5 Disember 1828 mengenai kegiatan lanun di Selat Melaka serta sempadan empayar Johor termasuk di Pulau Batu Puteh
Peta tahun 1842 yang disediakan atas arahan kerajaan Belanda.
Rencana dalam Singapore Free Press pada 25 Mei 1843 menyebut Pulau Batu Puteh antara pulau dikaitkan dengan kegiatan lanun terletak di bawah kuasa kerajaan Johor.
Surat-surat antara Gabenor Butterworth dengan Sultan dan Temenggong Johor pada 1944 berhubung cadangan pembinaan rumah api di pulau-pulau di muara Laut China Selatan.

Berkongsi Selat Melaka dan Laut China Selatan
Sejak sekian lama Malaysia, Indonesia dan Singapura berkongsi air dan pengurusan di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Secara geografi, dan sejarah kolonial British, Malaysia dan Singapura berkongsi dalam banyak perkara.

Implikasi Perbicaraan Pulau Batu Puteh

Bukan keputusan seimbang
Keputusan itu dianggap seimbang iaitu Singapura untung dan Malaysia juga untung, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap keputusan ini seimbang dan memihak kepada Malaysia. Singapura dapat dan Malaysia juga dapat. Tetapi Singapura dapat pulau batu sementara Malaysia dapat terumbu karang yang sekejap timbul dan sekejap tenggelam.

Pihak yang lain pula menganggap keputusan ini sebagai Singapura dapat isi dan Malaysia dapat kuah sahaja. Ibarat peribahasa 'Menang sorak kampung tergadai'. Keluasan Singapura tentunya bertambah 22 batu nautika . Sempadan kelautan Singapura semakin mendekati pantai Johor dan Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa kerana ICJ telah mengiktirafnya.Selepas ini tentera marin Singapura bertanggungjawab 'menghalau' pihak berkuasa Malaysia dan nelayan pantai dari Malaysia untuk mendekati pulau tersebut - dengan alasan keselamatan dan kedaulatan.

Kepentingan dokumentasi
Sejak dari dahulu lagi Singapura mempunyai kelebihan sebagai pusat ilmu pengetahuan . Banyak sekali media cetak , penerbitan dan filem yang bertapak di Singapura berbanding dengan Kuala Lumpur.

Lantaran itu Singapura mempunyai kelebihan memiliki pelbagai dokumen seperti rekod , surat-surat perjanjian, peta lama, buku-buku klasik, nota catatan , diari dan laporan syarikat dan laporan kerajaan. Semua bahan bertulis ini menjadi bahan artifak yang sahih dan terbukti berguna kepada Singapura untuk menguatkan hujah mereka.

Malaysia juga ada institusi sejarah seperti Arkib Negara , Jabatan sejarah dan muzium. Tetapi Malaysia pernah berhadapan dengan kebakaran bangunan yang menyimpan rekod lama. Apabila hujah-hujah tidak dapat dibuktikan melalui dokumen bertulis - apa yang hendak diharapkan lagi.

Hujah rapuh
Walaupun pada peringkat awal, rakyat dan pemimpin Malaysia semacam berasa yakin Malaysia akan menang sebagaimana pulau Ligidan dan Sipadan tetapi kali ini tidak sebegitu.

Rupa-rupanya hujah Malaysia ditolak mentah-mentah 12-4 , tidak legal dan tidak menepati standard antarabangsa. Malaysia bergantung kepada hakim dari Universiti Cambridge tetapi hasilnya cukup mengecewakan , tidak menonjolkan sasaran kualiti dan bagaikan tidak ada pengalaman serta latihan. Bagaikan jaguh kampung , tersembam di arena perundangan antarabangsa. Sepatutnya pertikaian 28 tahun ini ditangguhkan lagi dan anggaplah perbicaraan di mahkamah sebagai satu perang juga.

Kewujudan Singapura semakin menanjak dan tidak boleh dipersoalkan lagi oleh jirannya.

Jaga-jaga dengan jajahan dan sempadan
Pihak Malaysia ternyata tidak kisah dengan sempadan dan jajahannya yang berhampiran dengan Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Vietnam , Myanmar dan lain-lain. Malaysia mungkin menang di Ligidan dan Sipadan tetapi selepas ini hilang dan mungkin kalah berulang-ulang . Negara -negara jiran tentu bersiap siaga berhubung pulau-pulau berhampiran . Penduduk negara mereka cukup ramai untuk dipindahkan ke mana-mana pulau .

Jika dilihat peta Asia Tenggara, kita tentu sinis kerana sempadan Malaysia-Indonesia melantun sehingga ke pulau Natuna di Laut China Selatan. Malahan nama laut itu sendiri menggambarkan penguasaan China ke atas Asia Tenggara dan diiktiraf pula.

Kawalan sempadan Pulau Batu Puteh
Sebelum ini nelayan Johor tertanya-tanya akan kehadiran kapal marin di perairan tersebut. Mereka turut meminta kapal marin Malaysia turut aktif dan agresif meronda perairan tersebut untuk menunjukkan kekuatan dan maruah. Tetapi kini kapal marin Malaysia tentulah dihalang dan dihalau menghampiri pulau Batu Puteh. Sebarang kemalangan , jenayah laut , aktiviti lanun dan serbagainya hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa Singapura.

Ini termasuklah aktiviti pelayaran dan aliran kapal kargo dan kapal tangki dari Laut China Selatan ke Selat Melaka. Kita sedia maklum Singapura amat intim dengan Israel dan tentera marin Amerika Syarikat.

Rakyat Johor berasa malu
Rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor begitu mengharapkan barisan peguam Malaysia akan mengemukakan hujah-hujah kukuh agar Malaysia tidak dimalukan lagi oleh Singapura. Sebelum ini maruah rakyat Johor tercabar dengan isu Jambatan bengkok,Wilayah Pembangunan Iskandar , bekalan air murah kepada Singapura dan lain-lain.

Implikasi hubungan diplomatik
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura dijangka terus terjalin erat meskipun ada pasang dan surutnya. Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Rais Yatim berulang kali mengingatkan rakyat agar menerima apa juga keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh ICJ tidak boleh dirayu lagi.

Sebagai rakyat negara yang bertamadun dan bernaung di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kita haruslah menerima keputusan ICJ itu.

Kredibiliti ICJ
Barisan hakim dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa jelas memihak kepada kepada Singapura dan menolak hujah-hujah Malaysia dengan majoriti 12 - 4.

Ada yang cuba mengaitkan hakim-hakim ini dengan isu Yahudi, Amerika Syarikat dan Holland [petikan diperlukan] tetapi sebenarnya mereka ini dikumpulkan dari pelbagai negara . Hakim-hakim ini mempunyai reputasi peringkat antarabangsa dan bersikap berkecuali. Kelayakan perundangan mereka tidak dapat dipertikaikan lagi.

p/s: kalau kita tgk kt sini, singapura ni makin kurang ajar, aku bagi contoh la...kita ibaratkan satu pasu ni milik kita, tanah dlm tu milik kita, so depa ni akan letak satu jer biji benih pokok, setakat ni biji benih tu jer laa depa punya, yg lain2 tu kita punya, tp depa pi siram2 ank benih tu, lama kelamaan bila pokok tu dah besar, depa pun start claim yg pokok tu, pasu tu, tanah tu, smua depa punya, perangai bangsa yg memerintah kat sana mmg macam tu. Sikit2 depa nk amik tanah Melayu. Klau dlu Tunku Abdul Rahman yg lembik dan terlalu bgi muka kat bangsa tu, skrg Pak Lah plk yg lembik smpaikan tanah Melayu tergadai kt org lain. Kita perlukan kepimpinan yg tak lembik agar tanah bangsa kita ni dpt dipertahankan.
posted by Farhan @ 10:42 PM   0 comments
Tuesday, May 20, 2008
Pengumuman Rasmi Tun Dr. Mahathir
Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

p/s:sudahLAH PakLah...perjuanganmu SUDAH LAMA SELESAI...resignLAH...cemerlang?? gemilang?? temberang adaa laaa...
posted by Farhan @ 12:36 AM   0 comments
Friday, May 16, 2008
PTD - PAC .... jom review...


8 Mei 2008
--> 11.30pm: Tunggu bas kat Hentian Putra KL untuk ke Kemaman
--> 11.40pm: Fizrul sampai, kenal kat forum PTD so mmg dah janji nk naik bas sama2
--> 11.59pm, bas Transnasional ke Kemaman pun bertolak

9 Mei 2008
--> 4.00am: sampai di Bandar Kemaman, naik teksi ke INTAN KEMAMAN
--> 4.15am: smpai di INTAN Kemaman
--> 4.30am: lepak2 kat surau INTAN, tido smpai Subuh
--> 6.00am: solat Subuh, mandi n siap2
--> 9.00am: registration PTD-PAC, dapat kunci bilik, lepak2 kat bilik
--> 12.00am: mkn tghari (lauk sedap gler...hahaha)
--> 12.30am: solat Jumaat
--> 3.00-5.30pm: taklimat PTD-PAC
--> 8.30-10.30pm: Discussion session (dalam BM n BI)
--> 11.00pm: tido

10 Mei 2008
--> 6.30am: Lumba lari (dapat 16 minit lebih untuk 2.4km)
--> 8.30: breakfast
--> 9.00-12.00am: Permainan minda berkumpulan
--> 12.30am: mkn tghari
--> 3.00-5.00pm: Pengucapan awam (aku kene tajuk Adat dan Budaya)
--> 8.30-10.30pm: Simulasi mesyuarat
--> 11.00pm: tido

11 Mei 2008
--> 8.30-10.30am: Public speaking (aku kene tajuk Health)
--> 11.00-12.30am: Debat ala parlimen (aku jadik pembangkang...hahaa..mmg bangkang habis laa)
--> 12.30-1.00pm: upacara penutup
--> 2.00pm: jalan2 kat Bandar Kemaman, shopping sikit2
--> 3.30om: balik KL
--> 7.00pm: sampai KL

p/s:kesimpulannya PTD-PAC ni mmg tough n susah, tak harap pun dapat masuk jadi PTD. Kalau dapat tu kira miracle ar tuh. Plan nak jadi Systems Engineer lar.

p/s:thanks to Miss Wanie kerana memberi info2 berguna sebelum dan sepanjang berada di Kemaman. Kemaman best, syok tgk pantai dia, nnt kita buat gathering kt Cherating :D
posted by Farhan @ 9:08 AM   0 comments
About Me

Name: Farhan
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
My Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER