Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....

.....Farhan's Blog.....

we all live under the same sun then why can't we live as one ???

My Shoutbox..Let SHOUT!!!
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x
My Friends Blogs
Today's History
My Jiwang Torrent
Ads
Referer
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Snap Shots
Get Free Shots from Snap.com
Wednesday, July 02, 2008
Kerajaan Penjajah (Taken from Edy's blog)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat seperjuangan.

Kerajaan Penjajah. Tajuk entri kali ini agak menggerunkan, semoga Allah memberi perlindungan kepada saya. Kerana rakyat telah dicabar maka saya tampil dengan buah fikiran yang agak lama terpendam meluap-luap. Saya akan ulas berkenaan Dato Seri Anwar Ibrahim di akhir entri ini.

Saya masih ingat sewaktu saya kecil dulu, saya sering dibawa ke Port Dickson oleh arwah bapa untuk bersantai. Kami pergi sekeluarga dan kerap juga wan saya dibawa bersama. ‘Wan’ adalah panggilan bagi nenek di negeri kelahiran saya iaitu Negeri Sembilan.

Sepanjang perjalanan dari batu 4 P.Dickson ke Teluk Kemang, saya begitu teruja dengan rumah-rumah bungalow yang begitu besar. Seraya itu saya pernah berjanji kepada wan untuk menghadiahkan bungalow P.Dickson betul2 di tepi pantai. Janji seorang cucu yang juga janji seorang kanak-kanak riang yang belum kenal erti kehidupan sebenar.

Sedarkah saudara sekalian, jika saya belajar sehingga ke universiti sekalipun, jika saya bergaji 3 ribu sekali pun, belum tentu wan saya dapat merasai bungalow yang telah saya janjikan. Kalau saya tahu erti kehidupan di negara ini, sudah tentu saya tidak akan berjanji kepada wan untuk membeli rumah bungalow itu. cukup cerita kisah silam. Wan saya pun dah arwah berbelas tahun yang lalu.

Kita rakyat yang mempunyai sebuah negara, kita rakyat ada kerajaan ‘prihatin’, kita rakyat ada sumber alam yang begitu lumayan. Tetapi apakah yang kita ada buat diri kita? hutang kereta 30 ribu, hutang rumah 150 ribu, hutang pinjaman peribadi 20 ribu kononnya nak buat business sampingan. Apakah yang telah kita miliki sebenarnya? adakah aset atau liability ? Berapa ramai rakyat Malaysia beli kereta dengan cash? Tiada apa yang boleh dibanggakan jika setakat makan gaji bayar hutang. Saya percaya rakyat tertekan apabila memikirkan nasib ini.

Bukanlah saya nak menyalahkan kerajaan kerana hutang-hutang yang kita 'nikmati', tetapi wajarkah kita mempunyai hutang sebanyak itu jika kita hidup di negara yang cemerlang? Cuba kita andaikan, jika kereta kancil baru dijual dengan harga RM10 ribu, Proton Wira pula 15 ribu, adakah ianya menjadi beban yang besar kepada rakyat? atau adakah kerajaan pula yang terbeban dengan penetapan harga tersebut?

Bayangkan, jika kita hanya membayar RM100 sebulan untuk kereta proton saga baru, dan RM200 sebulan untuk rumah teres, bukankah banyak lebihan gaji? Mengapa keadaan itu tidak boleh berlaku di negara ini? Bukan satu perkara yang mustahil untuk merubah semua kepada sesuatu yang lebih baik untuk rakyat, kita bisa melakukannya, bukan melalui UMNO. Tetapi realitinya yang dihadapi oleh rakyat ialah, bayaran untuk saga baru ialah RM400 sebulan manakala bayaran untuk rumah flat kos sederhana pula RM600 sebulan baik dari segi sewaan mahupun belian. Kerajaan penjajah.

Mengapa kerajaan membiarkan harga Gen-2 60ribu bersamaan 4 kali ganda dari harga kos sedangkan pengeluar Gen2 adalah milik kerajaan? Mengapa kerajaan sanggup menjual kereta nasional dengan harga yang begitu murah kepada negara lain asalkan terjual tetapi kepada rakyat Malaysia, mencecah 60ribu? Bukankah ini satu bentuk penindasan? Oleh kerana rakyat berada di bawah genggaman kerajaan maka rakyat harus dibebankan untuk membantu kerajaan. Kerajaan penjajah.

Apabila rakyat yang semakin terbeban ini mencari inisiatif lain seperti berniaga, lain pula halanganya. Mana-mana kawasan yang telah berjaya menjadi tapak perniagaan, akan keluar notis untuk dirobohkan dengan alasan lazim, kerajaan ingin membangunkan kawasan perniagaan yang lebih 'proper'. Seperti yang kita sedia maklum, ada wang disebalik tujuan ikhlas, pasti, pasti, pasti terdapat way of interest. Apabila dibangunkan tapak perniagaan yang selesa, maka akan ada pula bayaran bulanan yang tinggi dengan tapak yang begitu terhad dan syarat-syarat yang amat ketat. Kerajaan penjajah.

Lain pula jadinya di petaling street. kita semua tahu bahawa apa yang diniagakan di sana adalah barangan tiruan dan banyak terdapat unsur kongsi gelap di sana. Namun, layanan kelas pertama yang mereka dapat, di mana atap serba moden dibangunkan untuk perniagaan haram. Salahkah jika saya katakan, suapan telah berlaku terhadap agensi kerajaan maka laluan mudah diberi kepada peniaga Petaling Street dan lebih dipermudahkan dengan mengiktiraf petaling street sebagai salah satu pusat pelancongan. Shit!

Kita kaji balik, semua projek kerajaan didahului dengan interestnya tersendiri. Kerajaan ada buat rumah flat untuk rakyat miskin, dengan kos beberapa juta di atas kertas, naiklah bangunan flat 17tingkat berupa seperti sarang merpati. Itupun kerajaan bukan beri percuma di atas kependudukkan setinggan berpuluh tahun, malah harus membayar kadaran sewa kepada DBKL, Inikah yang dinamakan Program Rakyat Termiskin?

Tanah asal yang si setinggan ini duduki merupakan tanah haram bagi kerajaan, dengan itu kondominium mewah dibangunkan di tanah tersebut khas kepada mereka sedangkan penduduk asal tinggal di rumah merpati yang rata-ratanya kawasan begitu sendat dan sesak. Kerajaan penjajah.

Projek-projek tembatan banjir sentiasa dipandang remeh, hanya setelah kerugian berbilion ringgit, kerajaan muncul bersama projek billion trowong smart yang juga mempunyai interest berbentuk tol. Pendek dan panjang kata, semua projek kerajaan Barisan Nasional adalah hanya yang memenuhkan poket kroni dan proxy sambil menindas rakyat marhein. Kerajaan penjajah.

Demikian jugalah sekatan yang dilakukan terhadap pemimpin yang berniat untuk membela bangsa. Demi menjaga kepentingan peribadi yang dipupuk sejak dulu kini dan selamanya, usaha untuk menghalang panjatan DSAI menjadi agenda utama para pemimpin kerajaan penjajah. Tindakan tahun 1998 yang lalu diulangi oleh pemimpin yang menjanjikan Islam Hadhari ini demi tujuan yang sama iaitu menghalang pembongkar rahsia dari memiliki kuasa. Iaitu kuasa yang boleh menghumban mereka ke dalam kegelapan. Kerajaan penjajah.

Rakyat pasti bangkit membela pemimpin yang menjanjikan pembelaan. Di saat rakyat berhimpun keluar ke jalanan, datang pula truck merah bomba bersama water canonya. Bomba yang hadir ini bukan datang untuk memadamkan bangunan yang terbakar, tetapi memadamkan api kemarahan rakyat. Air kimia dan bom asap itu tidak akan berjaya memadamkan luapan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Kerajaan penjajah.

Layarilah youtube untuk hari berikutnya, akan dapat di lihat rakyat dipukul, dihentak, disepak, diterajang oleh anjing-anjing kerajaan. Pemandangan sebegini tidak akan dilihat dalam bulletin utama tv3. Berhimpun secara aman bertukar ganas angkara mata-mata gelap, Special branch memainkan peranan untuk rosakkan himpunan aman seperti yang berlaku 1998. Siapa polis untuk belasah rakyat ? Dalam undang-undang mana yang membolehkan polis memukul orang yang berhimpun? Polis mempunyai hak untuk menangkap, tetapi bukan memukul! where is the rule of law?

Pemimpin seperti Dato Seri Anwar Ibrahim tidak terlepas dari menjadi mangsa kerajaan penjajah. Dengan persediaan yang cukup rapi untuk menumbangkan kerajaan penuh korupsi, langkahan dangkal dari pihak kerajaan menjelma demi mematikan langkah Anwar, untuk seketika gamaknya.

Perancangan DSAI sampai juga ke tangan UMNO. Pada pilihanraya kecil di Sanglang kelak, Anwar dikatakan akan membuat pengumuman bahawa beliau akan bertanding di satu lagi pilihanraya kecil yang 'besar'.

Saya jangkakan pilihanraya kecil itu akan melibatkan sebuah kerusi parlimen. Apabila berita ini tersebar ke tangan UMNO, maka laporan polis dibuat supaya DSAI tidak akan dapat bertanding atas sebab terlibat dengan jenayah / masih dalam perbicaraan.

Inilah cara juak Barisan Nasional untuk menggagalkan usaha merampas kerajaan dari tangan mereka. Keadaan ini memberikan tidak banyak pilihan kepada kita sebagai rakyat. Adakah kita perlu lakukan lebih lagi..? Rakyat jangan dicabar, jika rusuhan adalah jalan yang terakhir bagi kita, itulah pilihan yang telah diberi oleh kerajaan penjajah yang memerintah.

Percayalah, mereka akan mempertahankan kerajaan ini bagi menjaga segala rahsia korup mereka. Bukan hanya menjaga kroni2, dan hasil2 haram, malah mereka gentar kerana segala kemungkaran yang dilakukan selama berpuluh tahun akan terbongkar apabila kerajaan ini ditumbangkan.

Kerajaan penjajah ini mempunyai kuasa dalam semua bidang. Polis, FRU, mahkamah, media, SPR dan agensi-agensi lain, jawatankuasa itu dan ini yang menyokong penuh kemungkaran yang berlaku. Kita berazam untuk ubah mentaliti dangkal yang menyelubungi seluruh pegangan kerajaan.

Ayuh, bangkitlah. Jika kamu semua tidak berkesempatan untuk berjuang menentang penjajah seperti di zaman Tok Janggut, jika kamu semua tidak sempat lahir untuk menentang penjajah British bersama Datuk Dol Said, Inilah masanya untuk kamu buktikan darah kepahlawanan yang ada dalam diri setiap rakyat.
Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahmah Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru. Kerajaan Penjajah.

RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

TAKBIR!!

credit to Edy's Blog

p/s: aku anak Perak. Ada betulnya artikel ni, tapi kena ingat Malaysia ni ada ISA (Ikut Suka Aku), klau kena msuk ISA tu jgn harap laa nk dpt pembelaan. TAKBIR !!!
posted by Farhan @ 7:24 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Farhan
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
My Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER