Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....
Rayuan turunkan cukai motosikal berkuasa sederhana
Bagi pihak seluruh peminat dan penunggang motosikal di malaysia,saya ingin merayu kepada pihak kementerian kewangan malaysia serta pihak kementerian perdagangan antarabangsa dan industri agar menurunkan cukai import ke atas jualan yang dikenakan keatas motosikal berkuasa sederhana diantara 250cc hingga 500cc dan membenarkan model-model kelas tersebut dibawa masuk ke negara ini tanpa sebarang sekatan. Ini adalah untuk faedah sebahagian besar pengguna motosikal yang mampu dan ingin menggunakan motor dalam kategori tersebut bagi menjimatkan perbelanjaan pengangkutan harian. Ianya juga merupakan satu keperluan masa kini kerana kebanyakannya pekerja di Kuala Lumpur adalah dari penempatan luar kawasan lembah kelang.Penempatan di Kuala Lumpur kian padat dan mahal kosnya, oleh itu penempatan diluar kuala lumpur terpaksa menjadi pilihan rakyat.Justeru itu,rakyat malaysia kebanyakannya memilih untuk menunggang motosikal berulang-alik bagi urusan kerja harian, malah ada juga untuk tujuan pulang ke kampung halaman bila tiba musim perayaan. fenomena ini terjadi setelah kos sara hidup kian meningkat setiap tahun seperti bebanan kos petrol,tol,caj parking,jalan sesak dan sebagainya lagi. Jika dibuat perbandingan diantara motosikal cubcai dan motosikal kuasa sederhana ini, motosikal cubcai terbukti tidak selamat ketika membuat perjalanan di lebuh raya.kelajuan yang stabil bagi motosikal cubcai sepatutnya hanya 80km/j sahaja (meter kelajuan kereta baru mencecah 60km/j). oleh itu potensi kes kemalangan yang melibatkan motosikal cubcai dirempuh oleh kenderaan lebih besar,selain itu penunggang motosikal cubcai juga sering menunggang laju lalu menyebabkan kehilangan kawalan kestabilan motosikal cubcai itu sendiri.Oleh itu, penunggang lebuh raya memerlukan motosikal yang mampu mengharungi lebuh raya dengan yakin dan selamat. Motosikal kelas 250cc-500cc ini adalah pilihan yang lebih selamat digunakan berbanding motorsikal jenis cubcai dan skuter,kerana ianya lebih besar, lebih berat dan yang penting lebih stabil bila menyusuri lebuh raya. selain itu juga, motosikal berkapasiti sederhana ini tidak banyak menggunakan bahan api dan sama sekali tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.ia amat mudah dikendalikan untuk urusan harian dan boleh dibawa untuk perjalanan jauh dengan selesa dan selamat. ianya juga tidak mudah menciluk dan mencelah,lantas tidak menggangu ketenteraman dan keselamatan orang lain. Selain itu, perkataan jolokkan 'mat rempit' dapat dipisahkan daripada golongan penungang yang amat memerlukan motosikal untuk urusan harian.'mat rempit' yang rata-ratanya berumur muda belasan tahun sering menjadikan motosikal jenis cubcai yang mampu dimiliki secara mudah untuk kegiatan tak bermoral,kerana perbuatan mereka maka habis kesemuanya penunggang lain terpalik sama.Justeru itu perlu ada perombakan didalam pemilikan jentera ini.saya juga mengesyorkan pemilikan motosikal berkapasiti sederhana ini dikhaskan untuk mereka yang berumur 25 tahun keatas sahaja. Oleh itu diharapkan cukai import keatas motosikal berkuasa sederhana ini diturunkan dan dilonggarkan sekatan keatas kemasukannya.Jika cukai direndahkan, harga jualan akan menjadi rendah.Pastinya ramai yang berkelayakan dan mampu membelinya serta akan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana turut perihatin dengan keperluan sebahagian besar rakyat negara ini. Semoga rayuan ini akan diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.