Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....

.....Farhan's Blog.....

we all live under the same sun then why can't we live as one ???

My Shoutbox..Let SHOUT!!!
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x
My Friends Blogs
Today's History
My Jiwang Torrent
Ads
Referer
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Snap Shots
Get Free Shots from Snap.com
Thursday, December 28, 2006
Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Tahun Baru 2007
Wahh...tak sangka sekejap betul masa itu berlalu...dah nak masuk tahun 2007. Rasa macam semalam jer masuk UNITEN nih kan...hehee... Masuk jer tahun baru bermakna umur aku pun bertambah lah satu...ehh...ni lagi tak percaya...next year aku dah 22...hehee tapi perangai macam budak2 lagi...jenis happy go lucky lagi...aduihh mak...adakah aku memang lambat matang???...atau adakah budak lelaki memang jenis lambat matang???...hehee....wat eva larrrr... janji aku nampak muda... bukannya orang boleh tau umur kalau tengok muka aku mcam tu jer...hehee

Cakap pasal tahun baru sudah tentu ada azam tahun baru kan... Yeahh...azam tahun baru aku ialah nak belajar rajin2 dan bersungguh-sungguh dan nak habiskan degree aku nih... Insyaallah... hujung tahun 2007 habis lar studies aku dalam bidang IT nih...walaupun pada mula2 aku memang tak minat sangat dengan IT nih...tapi kata orang "tak kenal maka tak cinta"...chewahh...pejam celik...pejam celik...aku dah jatuh cinta dengan IT nih...bukan jatuh cinta lagi dah...dah kawin dah dengan IT nih...heheheee... itulah Qada dan Qadar... kita kena beriman dengan Qada dan Qadar iaitu rukun iman yg ke-6. Kalau tak beriman dengan Qada dan Qadar bermakna tak sempurnalah iman kita...tak gitu...ehh..apsal aku boleh cakap macam org matang nih???...hehehee...

31 Disember ini juga umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban. Yeah..Hari Raya Korban...errmmm tahun nih sapa plak di kalangan kerabat keluarga aku yg buat korban ehh ?? aku pon tak tau sebab tak balik lagi...hehee. Korban bagi aku juga bukan setakat melakukan ibadah korban macam sembelih2 binatang2 tuu...tapi aku rasa lagi besar pengertian dia... Tengok pada ibu bapa kita yang telah banyak berkorban untuk kita... para guru2 yg berkorban untuk murid2nya...dan banyak lagi contoh disekeliling kita.. tapi yg paling penting adalah pengorbanan yang dilakukan oleh diri sendiri... sangat bermakna kan..kan..kann ???

OK lah...Selamat menyambut Hari Raya Korban dan Selamat Tahun Baru 2007...

p/s: bercuti kat Perak dari 29 Disember 2006 sampai 3 Januari 2007 ... jumpa tahun depan yerr...hehee

~~~arghhh...gonna miss someone again...!!!~~~
posted by Farhan @ 8:27 PM   1 comments
Wednesday, December 27, 2006
Apa itu ikhlas ??
Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak. Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas
menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas. Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walau pun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.
posted by Farhan @ 11:46 PM   0 comments
Tuesday, December 26, 2006
Lawak ajer...heheheheeee...(18PL/18sx)
PANCUT
Ayg: bang, goncang sikit2 dah la. nnti terpancut!
Abg: pancut bru best
Ayg: dahla, nnti habis basah
Abg: takpe, abang try bukak pelan2.
Ayg: nnti habis melekit
Abg: syg jgn bimbang, air coca-cola je ni.

KENTUT
org Amerika kentut ckp EXCUSE ME
org British kentut ckp PARDON ME
org Singapore kentut ckp FORGIVE ME
org kita kentut ckp NOT ME! NOT ME!

UUUU
surung pupun turuk pupun
buuh kurunju dulum puruhu
suruh mukun suyu mukun
suruh munguju suyu tuk tuhu

"control sikit muncung tuu..."

MONKEYS
3 monkeys escaped from the zoo

1 was caught watching tv

another 1 was playing football

and the other 1
*
*
*
*
*
*
*

No! No! it's not you!

why you always think you
are a monkey?

SABAH
pergi sabah naik basikal,
naik basikal pergi ke sabah,
ade ke munasabah & masuk akal,
nak pergi sabah naik basikal?

memang tak masuk akal!

KATAK HIJAU
pada suatu ari kita pegi ke sebuah gua.
penjaga gua tu kate, dlm gua tu ada katak ijau.
jgn pijak katak tu sbb klu pijak, dpt suami tak hensem.
dlm gua tu saya je terpijak katak ijau, tapi awak tak.
pastu, tiba masa kita kawin. suami saya mmg tak hensem.
tapi suami awak hensem. saya tak puas ati la!
so saya tanya suami awak kenapa kawin ngan awak? saya lg cantik
malah berganda cantik dr awak. pastu dia jwb "nak wat caner,
dulu saya pun terpijak katak ijau tuu..."

WARNING!!
children playing outside the car
can cause accident.

adult playing inside the car
can cause children!

4 KEISTIMEWAAN WANITA
1-berdarah tiap2 bulan tapi tak mati2
2-hidang susu fresh tanpa pergi kekedai
3-mengeraskan hot dog tanpa peti sejuk
4-ditikam bertubi2 tapi tak mati2
posted by Farhan @ 6:55 PM   0 comments
Monday, December 25, 2006
Ajal....
Apsal plak cakap pasal ajal plak nih..?? hehee...Jangan takut .... ni lawak pasal ajal

Seorang lelaki sedang meninjau pandalaman Amazon tiba-tiba saja dikepung sekelompok primitif yang kehausan darah.

"Oh... Tuhan matilah aku..." jeritnya.

Tiba-tiba dari langit muncul kilauan cahaya...dan terdengar suara bergema

"Tidak anakku...ajalmu masih belum tiba. Ambillah batu dekat kakimu itu dan pukul kepala pemimpin mereka yang berdiri di depanmu itu".

Si pemgembara itupun mengambil batu dan menyerang pemimpin primitif itu, dan memukul batu itu ke kepala pemimpin sekuat tenaganya... lalu pemimpin itu mati. Dia berdiri di atas mayat pemimpin.

ketika itu 100 orang promitif yang mengepungnya sangat marah kerana melihat pemimpinnya terbunuh.

Kilauan dari langit itu muncul sekali lagi dengan suara bergema.

"Nah... sekarang baru ajalmu tiba anakku..."


p/s: JODOH AKAN DATANG PADA ANDA, SEPERTIMANA AJAL AKAN DATANG PADA ANDA, ANDA TAK DAPAT MENGELAK DARI JODOH SEPERTI MANA ANDA TAK DAPAT MENGELAK DARI AJAL!!!
posted by Farhan @ 7:53 PM   0 comments
Sunday, December 24, 2006
Arghhh...sakit leher...!!!
Aduihhh...dah 2 hari aku sakit leher nih. Ni semua sebab aku salah tido...errr...maksud aku aku tido salah letak bantal...haa..tu larr...nak tido main bedal jer kan....kan dah sakit leher.. Tak bleh pusing kepala...klau pusing jer sakit tak ingat....aduihhhh....siksa betul laahhh...

Tengah2 dok sakit leher nih kehidupan mesti terus (cewahh)... minggu ni kena study E-Biz...sebab nxt week ada kuiz chapter 1, 2 dan 4. Adoi makkk...banyak tuuu...dah ler kena baca sendiri....takper lar Mr.Bong...janji klass ko sempoi...heheheee

Ermmm...sempena Krismas ni ....aku nk ucapkan Happy X'mas kat kwan2 aku...dan selamat bercuti...chiowww
posted by Farhan @ 2:50 PM   0 comments
Wednesday, December 20, 2006
E-Business ... make own business ???
Wawaweewaaa....apsal tajuk blog aku ni E-Business ?? Haa... aku nak cerita pasal klass E-Biz yg aku amik skrg nih...iaitu under Mr.Bong Kit Siang. Dia ni laa visiting lecturer aku masa aku buat praktikal kat MAS KLIA. Dia memang sempoi. Sebab apa aku kata sempoi...haa..sebab dia cooollll gilerrr.. hehehee.. Klass E-Biz ni dlm seminggu ada 2 kelas atau bersamaan 4 jam seminggu. Dia suruh kitaorg datang klass dia hari Rabu jer...tu pun kadang2 tak cukup 2 jam..haaa...sempoi kan. Dia suruh kitaorg belajar dan baca sendiri semua psal E-Biz nih. Dan projek plak kitaorg kena cari company utk observe derang punya CRM, E-Procurement dan SCM. Menarik bukan...wahhh...Mr. Bong...u rawkkkksss dude...hehehee
posted by Farhan @ 4:53 PM   0 comments
Tuesday, December 19, 2006
2nd week of semester 2006/2007
This is my 2nd week of semester 2006/2007. Ermmm...what i can say...tak best...hehee.. 1 sebab apa tak best...sebab semua masih lagi dalam mood cuti.. Pastu kelas plak mcam berterabur lagi.. Yang pelik nyer klass aku sem nih...aku tgk byk org pompuan dari org laki... heh

Memandangkan minggu nih tak busy lagi ... aku dengan semangat nyer mendonlod macam2 movie untuk dilayan.. Antara movie yg aku dah layan ialah American Pie 5: Naked Mile, Beerfest, The Notebook, Lucky Number Slevin dan The Triangle. Ermmm...nak tau psal2 movie nih...gi lar tgk sinopsis kat http://www/imdb.com

p/s to wanie: i think i just found my 'tulang rusuk' tuu...heheeee
posted by Farhan @ 7:21 PM   0 comments
Friday, December 15, 2006
Hang out day
Hang out 1

Mlm rabu lepas, Kenarianz , Sanah n Ezu ..kitaorg tgk wayang cter Dejavu kat Mines. Ermmm..dengar tajuk best kan...hehehee...tapi cter ni diluar dugaan pengetahuan kita mengenai pengertian Dejavu..hahaa..ni aku paste jer la sinopsis cter nih :

After an explosion on a ferry kills over 500 people including a large group of party-going sailors, an ATF agent (Denzel Washington) investigates the crime. AN FBI agent (Val Kilmer) also joins the investigation. Impressed with the ATF agent's skills, the FBI agent invites him to join a new team that has a new program that uses satellite technology to look backwards in time for 4-1/2 days to try to capture the terrorist (Jim Cavaziel). Meanwhile a young woman (Paula Patton) who was burned washes up on shore. Meant to look like part of of the explosion, the body arrives at its location too soon, which leads the agents to believe her death is related to the explosion. As they use the new technology to study the woman, the ATF agent determines that this is not satellite imagery but somehow is using a time warp. From this point in the film, the movie moves from a crime film to a sci-fi time paradox film. Nonetheless, the action is non-stop and always captivating. The end of the film may be confusing to some people, but it is all laid out if one cares to look carefully. Contains some extreme violence that some may find disturbing, particularly during the explosion when many people are shown jumping off the boat in flames.

Hang out 2

Mlm Jumaat plak kitaorg dengan tambahan group yg dianggotai oleh Nazri, Abang dan Radin telah berlepak di Hartamas...Memang best lepak2 ngan kawan2 kat sini...hehee

posted by Farhan @ 11:52 PM   0 comments
Wednesday, December 13, 2006
Suara
Hehee...hari tetiba aku nak merepek pasal suara...suara adalah element penting kepada kita sebagai manusia. Dengan suara juga anda boleh menjadi kaya raya seperti Datuk Siti Nurhaliza hanya dengan menjual suaranya dalam bentuk kaset dan cakera padat..heheee..Tu kalau ada suara yang sedap larr...dan muka yg cantik...tak payah ada qualification apa2 pun..dengan menjual suara...satu lagu anda boleh memperoleh sehingga rm20000 utk dalam satu persembahan...

Ermm..pasal suara juga tiba2 aku teringat lagu Alleycat...Suara Kekasih tajuk dia...tiba2 dengaq lagu nih mcam best plak...lagu2 lama nih mmg 'kick' larr...silakan layan

Hadiran ombak membelai pantai
Tiada putusnya percintaan itu
Hembusnya bayangmu menyejukkan
Tapi tiada terhenti dahaga
Kerinduan suara kekasih
Membelai hatiku
Suara kekasih
Membasuh lukaku

Tibanya sinar bulan di laut
Dengan ribuna alunan kemesraan
Membawa kenangan yang berlalu
Dengan ribuan warna keemasan
Suara kekasih
Membelai jiwaku
Suara kekasih
Yang menyejukkan ku

Terdengar suaramu yang suci
Pabila terkejut dari mimpi
Ku manyakinkan suara itu
Memanggil daku dengan harapan
Tapi sayangnya alunan ombak
Yang memecah diri sangkaku
Suara kekasih
Yang memanggil daku
Suara kekasih
Di malam yang indah

p/s: memang seronok bila kita dengar suara orang yang kita rindu...nasib baik laa aku baru balik rumah..tak laa rindu sgt dengan family aku ngan semua org yg aku rindu tym tak balik dulu...hehehee.... tp ada special kes yg aku betul2 rindu...dan dapat gak dengar suara orang yg merindu dan dirindui...cheywahhh....skali lagi diingatkan..aku bukan mamat jiwang...
posted by Farhan @ 5:54 PM   0 comments
Tuesday, December 12, 2006
CINTA
CINTA..itulah tajuk movie terbaru yang aku layan.Ermm..bleh laa tahan crita nih...takder laa sedih sangat sampai nak menumpahkan air mata jantan aku ini...cheyyywahh.. Apa yg aku tengok crita ni macam tiru crita LOVE ACTUALLY...dan crita LOVE ACTUALLY memang bebetul tounching larr....Tapi crita CINTA nih..ermm...paham2 laa...buatan Malaysia cammana...cedok sikit dari crita LOVE ACTUALLY tuh..hehee...Dalam crita CINTA nih yg touching ialah crita pasal pasangan Cikgu Elyas ngan Rubiah...sebab cinta orang tua kot...dan cinta mereka bukan cinta yg common... Errr..aku malas laa nak buat sinopsis sendiri..aku paste jer apa yg aku quote nih:

"Cinta adalah sebuah filem yg memaparkan lima kisah cinta berkisar di metropolis Kuala Lumpur. Setiap cerita adalah berbeza dan unik, namun setiap watak berkait menerusi keadaan dan peristiwa.

Bertemakan cinta, filem ini menceritakan lima pasangan dengan kisah masing-masing di kota yang indah - ada yg sedang mencari cinta, ada yg bertemu cinta, dan ada yg kehilangan cinta. Menerusi filem ini, cinta dapat juga dilihat dari pelbagai sudut - cinta suami, isteri dan anak, kasih syg antara adik beradik dan juga cinta diantara warga emas."

Daripada crita nih apa yg aku dapat simpulkan ialah CINTA itu memang dan terlalu SUBJEKTIF...CINTA itu memerlukan pengorbanan...CINTA itu memang tiada 'limitation' atau batasan...CINTA itu ada kehidupan tersendiri...dan kita memang tak boleh lari dari CINTA...oleh itu CINTAILAH CINTA...sekian..heheeee

p/s: aku bukan seorang mamat yg jiwang...heheee
posted by Farhan @ 7:35 PM   0 comments
Monday, December 11, 2006
Welcome semester 2 2006/2007
Aku tak tau laa aku tengah rasa apa sekarang nih.. Biasa laa..bila sem baru start..mcam2 perasaan datang..perasaan tak best..perasaan best..perasaan rindu..perasaan duit yuran yg mahal..perasaan alaaa...banyak lerr plak kalau nk melalut-lalut kat sini..heheheeee. Aku pon konfius nih..ada rasa syok..ada rasa tak syok..

Bermula sem baru bermakna bermula jugak azam baru dan langkah baru untuk membelah arus masa depan (melalut jer aku nih...sajer layan tangan aku yg taip nih..hehe)

Rasa macam semalam jer masuk UNITEN..tup..tap..tup..tap..dah nk masuk 4 tahun dah aku bermastautin di tempat orang ini..heheee...so skrg aku tinggal satu sem jer lagi...dan bagi kawan2 aku yang pandai2 dan terrer2 tuh sem nih adalah sem final utk derang...aku biasala ketinggalan sikit...aku ni bukan budak pandai pon...

Time nih jugak aku rasa tak puas sangat cuti...seminggu lebih jer..alarhhh...yer laa...dah join MDec nyer program dah mkn 3 minggu dah..ishh laaa.... Tak puas nak pau byk2 bapak aku..nak pau byk2 kat mak aku...heheee...sebab apa aku bleh pau mereka ?? heheeee...aderlaaa... Dan aku pon tak puas buat 'projek baik' dgn pakcik aku yg satu kepala dgn aku ituu..hehehee...takper2...

OK laaa...dengan lafaz Bismillahirahhmannirahim...aku dengan ini melangkah ke semester baru dengan keazaman yg tinggi dan lebih berkarisma sebagai pelajar final year...

p/s: sesetengah ayat di atas merupakan ayat poyo...sila abaikan jika ia menyakitkan hati dan mata anda...heheheee...
posted by Farhan @ 3:16 PM   0 comments
Thursday, December 07, 2006
Top Gun Week
Yeah...sekarang kat astro atau lebih tepat lagi di national geography channel sedang menayangkan series Top Gun Week..iaitu mengisahkan pasal semua yang berkaitan dengan dunia penerbangan..dan yg paling aku berminat ialah cerita pasal pembutan kapal terbang, kejuruteraan aeronautik, sejarah, peperangan dan pelbagai lagi. Perghh...kalau laa ada mesin masa..nak jer aku pusing balik time aku form 3...pastu masuk form aku nak stadi betul2 pastu terus score time SPM...hehee...pastu jaga mata aku supaya tak rabun...elok jer dapat result SPM aku pon nak apply jadk pilot TUDM...hehee..itu semua angan2 aku kalau ada mesin masa yg bleh rewind blk masa...heheee

OK bercakap pasal Top Gun yang pasti related ialah graviti. So aku ngan adik2 aku ngan kezen2 aku telah mencuba Top Gun machine kat Pesta Pulau Pinang...heheheee...jeles tgk pilot2 tu main2 ngan graviti...so aku pon try.... perghh...bleh tahan gak larr dier nyer 'kick'...ader laa dalam 3-4 G...hehee..yg kezen aku kata muka dier dah macam kena tarik2 gitu...aku gelak jer...aku tk naik ngan dier pon..aku naik sorang...kat row paling depan (konon2 berani laa)...sekali amik akuuu....tercungap2 jugak laaa...paling tk leh handle time tergantung....perghh...pastu dier lepas....heheheee..berderau darah...

Teringat plak time aku gi Times Square ngan Radin dulu...main2 ngan mende yg lebih kurang cam ni laa...hehee...ehh Din...jom gi lagi...main menda alah tu lagi...hahahaa..aku dah ske main2 ngan graviti...heheheeee
posted by Farhan @ 3:06 AM   0 comments
Saturday, December 02, 2006
Going back to my hometown
YEAHHH...akhirnya...setelah berjaya menamatkan kursus Microsoft Windows Server 2003 selama 3 minggu...cuti aku berbaki seminggu jer lagi...hehee...tak kira laaa...aku nak balik rumah jugak...rindu sehh...dah 4 bulan aku tak balik Kedah...

Walaupun ada kawan2 aku yang dah boring lepak kat rumah derang...tp bagi aku ...aku excited giler nih nak balik rumah...

So, apapun...aku nak bercuti ... Jumpa lagi semester depan... :)

---> 2 Disember - 10 Disember 2006 : aku kat rumahku di Sg.Petani, Kedah... <---
posted by Farhan @ 2:33 AM   0 comments
Friday, December 01, 2006
Picture tells a thousand words
Seperti yang dijanjikan..."Picture tells a thousand words"...so silalah ke web fotopages aku...kalau aku 'tampal' gambar2 aku kat sini nnt meleret-leret plak blog aku nih...

Dipersilakan laa ke fotopages aku sebagai summary of this semester..

---> http://mofarby.fotopages.com <---

OK...sekarang plak aku nak tunjuk cert. yang aku dapat setelah menjalani kursus Microsoft Windows Server 2003 anjuran UNITEN dan MDeC (Multimedia Development Corporation)...Alhamdullilah...banyak jugak laa input yg aku dapat sepanjang kursus ini...Tak lupa juga kepada gorup aku iaitu Radin, Caroline, Nisa dan Huda yang sama2 pening kepala blajar dan buat report WinServer nih...heheheeee



posted by Farhan @ 5:12 AM   0 comments
About Me

Name: Farhan
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
My Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER