Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....

.....Farhan's Blog.....

we all live under the same sun then why can't we live as one ???

My Shoutbox..Let SHOUT!!!
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x
My Friends Blogs
Today's History
My Jiwang Torrent
Ads
Referer
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Snap Shots
Get Free Shots from Snap.com
Sunday, March 30, 2008
Wish me luck yea kawan2... :)
Semakan Keputusan Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

No. Kad Pengenalan : 850312085885
Nama Penuh : MOHD FARHAN BIN YAHAYA

Tahniah! Anda telah LULUS Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang telah diadakan pada 16/02/2008.

Alhamdullilah...lulus gak exam nak masuk PTD hari tuh. Lepas nih ada exam lagi ni, so harap2 dapat lar lulus. Next exam is on 5 April 2008, pusat peperiksaan kt Bangsar.PTD ni salah satu cita2 aku gak nih, so harap2 lar lulus. Wish me luck yer kawan2 smua.
posted by Farhan @ 2:21 PM   1 comments
Wednesday, March 19, 2008
Lelaki kulit gelap dianggap lebih seksi
LONDON: Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya, cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza - lelaki sukakan wanita berkulit cerah, manakala wanita lebih meminati lelaki berkulit gelap.

Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian, perawan, baik, budi pekerti mulia dan lemah.

Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, bahaya serta ada tarikan seks.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ia hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Barat di Universiti Toronto, Kanada, yang merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan, mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah, berambut perang yang dianggap paling menawan.

Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap - daripada sawo matang kepada kulit hitam sebagai paling menarik.

"Kajian kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosial. Boleh dikatakan, apa yang dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta," kata Dr Shyon Baumann, ahli sosiologi yang terbabit dalam kajian itu.

Katanya, kajian itu membabitkan penyelidikan ke atas 2,000 gambar iklan yang dipilih berdasarkan model yang dianggap ramai responden daripada pelbagai latar belakang berbeza, sebagai paling menarik di mata mereka.

Model wanita yang menjadi pilihan itu mempunyai kulit putih 15.2 peratus lebih cerah berbanding model lelaki kulit putih, manakala wanita kulit hitam pula 11.1 peratus lebih cerah daripada lelaki kulit hitam yang dipaparkan.

"Lelaki amat tertarik kepada selebriti kulit putih seperti Nicole Kidman dan Kylie Minogue yang dianggap mempamerkan ciri mulia dan baik. Ada juga lelaki yang sukakan wanita berkulit gelap seperti aktres Monica Belluci berbanding aktres kulit cerah, Michelle Pfieffer hanya kerana wanita berkulit gelap itu dianggap lambang kerakusan," katanya. "Wanita sebaliknya, memilih lelaki lebih gelap seperti aktor popular Johnny Depp, Colin Farrell serta Jamie Foxx yang didakwa memiliki tarikan seks tersendiri, misteri, ganas dan bahaya."

Malah, antara bukti kewajaran andaian itu adalah berdasarkan pencapaian dua aktor yang tersenarai - Colin Farrell dan Jamie Foxx berpasangan dalam filem terbaru Miami Vice yang berada di carta atas biarpun menerima ulasan dan kritikan yang kurang menarik.

"Kajian ini membuktikan di dalam budaya kita sendiri sudah wujud satu rujukan tertentu bagaimana seseorang wanita itu perlu tampil dan membawa diri mereka."

sumber: BH

p/s: seksi ker kulit sawo matang aku nih?? heheheee
posted by Farhan @ 12:45 AM   0 comments
Monday, March 17, 2008
Hadis Akhir Zaman


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

P/S: Sama-sama kita renungi. Ada antaranya yang kita melihat di depan mata. Tapi apakan daya jika kepimpinan tidak mengikut al-Quran dan Sunnah.
posted by Farhan @ 2:02 PM   0 comments
Friday, March 14, 2008
Guitar Hero III: Legends of Rock


Guitar Hero III: Legends of Rock is a music video game developed by Neversoft (for the console versions) and Aspyr Media (for computer versions) and published by Activision and RedOctane. It is the third full installment in the Guitar Hero series (and the fourth title overall). Guitar Hero III was first released for the PlayStation 3, Xbox 360, PlayStation 2, Wii, PC, and Mac platforms in late 2007.

Arghhh...aku addicted ngn game nih...cisssss



Antara lagu yg aku suka main dlm game nih
posted by Farhan @ 5:30 PM   0 comments
Wednesday, March 12, 2008
Hari Lahir yang ke-23
Udang kering sedapnya rasa
Dibuat sambal masak berlada
Ulang tahunnya tak lama tiba
Pada hari ini genaplah usia...

Yea,12 Mac 1985,iaitu 23 tahun yg lepas, maka aku pun tiba di dunia ini. Aduh, rasa macam sekejap jer dah besar. Ada yang seronok jadi orang besar ni dan ada yang tak seronok jugak, tapi yang paling best masa jadi budak2. Well, secara rasminya hari ini aku dah 23 tahun, satu jangkamasa yang lama, dan boleh dikatakan matang (errrkk,matang ker aku nih?) heheheeee

Sempena hari lahir aku nih, jom lar kita mengimbau gambar-gambar kenangan sewaktu aku bergelar kanak-kanak...









posted by Farhan @ 12:02 AM   0 comments
Tuesday, March 11, 2008
Selamat tinggal perkauman...
Isu perkauman semakin didendangkan di akhbar2 dan tv sekarang. Blog2 pun ada seko dua yang mendendangkan rentak yang sama. ""Cina Dan India Berubah Undi", "DAP (Cina) Alternatif Kepada MCA", "Melayu (Umno) Berpecah", ", dan macam2 bunyi tajuk yang sempat aku terbaca sepanjang dua hari ni.

Kesimpulannya? Bagi aku, mereka cuba mengapi2kan bahawa malaya dalam bahaya sebab dap (cina) dapat kuasa! Pengundi melayu menggadai tanahair kepada yb cina! Melayu akan hancor! Tanah melayu akan jadi singapura!

Tolonglaa wahai orang ameno. Tadak trik lainka selain menakut2kan rakyat dengan perkauman dan singapura? Korang tak paham lagi ka yang rakyat dah muak dengan cakap2 dan warning2 korang yang tak berasas!

Logik ameno yang kalah teruk sekarang ni senang, dap adalah parti cina, dan menangnya dap bermakna kemenangan pada orang cina yang akhirnya akan merampas tanah melayu dan kita akan merempat menjadi seperti kaum pribumi ostolia!

Biar aku betoikan sikit. Dap bukan parti orang cina to even begin with. Ia membawa ideologi yang lebih besar merangkumi semua kaum. Hasil daripada strategi menakut2kan rakyat selama ini oleh kerajaan, ia mengecil dan akhirnya dimonopoli oleh minoriti kaum cina sahaja. Tetapi hakikatnya, ia boleh disertai oleh semua kaum. India, melayu dan cina.

Bandingkan pula ameno, mic dan mca dalam bn. Sapa boleh katakan kat aku yang itu bukan parti perkauman? Mana ada bangsa lain boleh masuk mana2 satu parti ikut sedap dia? Dan asal penubuhan ameno, mca dan mic juga adalah untuk menjaga kaum masing2!

Adakah mic akan memperjuangkan hak kaum lain? Bagaimana dengan mca? Bn kelihatan seolah2 seperti satu parti yang menjaga semua kaum, hakikatnya ia cuma terdiri daripada komponen2 perkauman yang besar. Rasionalnya, jika dalam pilihanraya nanti mic dan mca berjaya mendapatkan kerusi lebih banyak dari ameno, dan pakatan berpecah untuk membentuk kerajaan hanya dari komponen mca dan mic, siapa yang boleh salahkan mereka nanti bila mereka langsung tak mau tengok isu kaum selain cina dan india? Matlamat mereka itu sendiri adalah untuk menjaga kaum sendiri!

berbeza halnya dengan pkr, dap dan pas. Walaupun pas lebih kepada hak orang islam, tetapi islam itu sendiri menolak perkauman. Dap yang setakat ini dipelopori oleh orang cina, masih terbuka kepada semua kaum - dan disertai oleh pelbagai kaum. Begitu juga dengan pkr yang rata2 mengetahui ia merupakan parti pelbagai kaum. Menyokong mana2 tiga parti ini lebih selamat daripada menyokong bn yang mana masa depan negara kita diperjudikan oleh kaum masing2.

Atas pemahaman inilah, maka kita telah melihat senario politik kali ini berubah dengan drastiknya. Kaum cina di cheras dan kaum india di estet tidak segan silu memakai lencana parti pas yang mana suatu masa dahulu menjadi 'taboo' kepada orang bukan islam. Begitu juga anak2 muda yang telah berani membawa bendera2 dap untuk berkempen. Yang sakit hati melihat anak melayu mengibarkan bendera dap bukanlah orang melayu, tetapi orang ameno. Yang kecewa melihat orang bukan islam menubuhkan kelab penyokong pas bukanlah orang cina dan orang india, tetapi mca dan mic. Yang menghasut dan membakar api perkauman bukanlah barisan alternatif, tetapi barisan nasional!

Pilihanraya kali ini menunjukkan rakyat sudah matang dan menolak secara jelas parti berbentuk perkauman. Masing2 tahu dan sedar bahawa perkauman hanya membawa kepada kehancuran. 50 tahun ianya dipraktikkan, dan hasilnya adalah sebuah negara yang masanya dihabiskan untuk berebut harta negara antara kaum, sedangkan ianya boleh dikongsi sama rata. Jurang miskin kaya, dan kaum semakin melebar, dan rakyat telah muak dan mual dengan kehidupan sebegini. Akhirnya mereka terpaksa memuntahkannya di kertas undi.

Dan sekarang kerajaan masih tidak mahu sedar dan terus menerus menyalahkan kaum masing2. Rata2 orang ameno yang kecewa mengatakan bahawa pengundi ba menggadai negara sendiri kepada kaum lain. Menggadai masa depan negara, dan menyesali tindakan pengundi tidak memilih mereka.

Aku jawab balik dengan pertanyaan : apakah kami menggadaikan negara sendiri, atau menebus balik apa yang telah kamu gadaikan selama 50 tahun? Adakah kami menggadai masa depan negara atau memperbaiki kelemahan kerajaan selama ini dan yang akan datang? Adakah kami menyesali tindakan kami sebagai pengundi, atau kamu menyesali tindakan kamu untuk tidak bersama kami?

p/s: Jawap saja bila2 kamu suka. Kerana Barisan Rakyat sekarang tengah sibuk membetulkan kembali negara yg telah dijahanamkan oleh Pak Lah dan Khairy....

to Pak Lah: sudahLAH...perjuanganMU sudah selesai...
posted by Farhan @ 3:12 PM   0 comments
Sunday, March 09, 2008
My 'voice' to say NO to BN


Parlimen Sg.Petani: PKR menang
DUN Bakar Arang: PKR menang
posted by Farhan @ 10:06 AM   0 comments
Saturday, March 08, 2008
Perutusan Khas Pilihan Raya: Mursyidul Am seru rakyat selamatkan Malaysia
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - 'Selamatkan Malaysia dari pemimpin-pemimpin yang korup agama, muflis nilai, gilakan harta dan hidup bertopeng pelbagai segi.Tinggalkan parti Umno dan Barisan Nasional yang tidak lagi bertindak sebagai seorang bapa. Dia hanya mabukkan dunia, memuja nafsu, kuasa dan takhta semata-mata.

Beralihlah kepada PAS dan Barisan Alternatif (BA). Di sana ada sebuah bahagia dan taman hijau penuh harapan. Mari kita buka pintunya dan memasukinya mulai 8 Mac ini.

Demikianlah antara bingkisan dan cebisan petikan perutusan khas pilihan raya Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para pengundi di seluruh Malaysia yang akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Bagi Timbalan Mursydul Am PAS Dato' Dr Haron Din menasihati pengundi bahawa pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq sewaktu menjadi khalifah.

"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Dr Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada hari ini.

Bagi Mufti Besar Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abdidin yang pernah menulis buku 'golongan yang haram di sokong' menyatakan bahawa undi mempunyai nilai yang sungguh besar dalam Islam.

Malah undi berperanan untuk mencegah atau meneruskan kezaliman daripada berlaku dan dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak, katanya yang dipetik daripada buku tersebut.

Beliau mahu umat Islam supaya membuat keputusan yang betul dan tidak memberi undi kepada pemimpin atau golongan yang zalim.

"Oleh itu, bertaubatlah jika anda pernah menyokong golongan zalim, sama ada dengan suara, perbuatan atau undi anda.

"Janganlah diulangi kemungkaran ini di kala kezaliman kelihatan sangat jelas dan nyata di hadapan mata kita," katanya.
posted by Farhan @ 9:59 AM   0 comments
Warkah Anwar buat pengundi seluruh Malaysia
Buat sekalian rakyat Malaysia,Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penentuan sudah semakin hampir. 8 Mac 2008 bakal menyaksikan apakah rakyat bersedia untuk berubah ke arah Malaysia yang lebih mapan dan baik, ataupun mahu terus kekal dan terperosok dalam lipatan sejarah 50 tahun kemerdekaan negara yang penuh rencam.

Sebermula saat hari penamaan calon lagi,pelbagai penipuan telah disajikan oleh Umno-BN melalui SPR sebagai boneka mereka. Pengenalan duti setem, pemansuhan duti setem secara tiba-tiba, kempen yang tidak seimbang, ugutan dan ancaman berbaur samseng ke arah calon pembangkang, pengesahan SPR mengenai wujudnya 8,666 pengundi berusia 100 tahun ke atas, pengundian pos yang tidak rahsia, sehinggalah pemansuhan penggunaan dakwat kekal kepada pengundi atas alasan ‘keselamatan awam.’

Penipuan-penipuan ini pastinya bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan Umno-BN, di saat mereka gelabah melihat rakyat sudah berani menyatakan rasa tidak puas hati mereka di semua pelusuk Malaysia. Tetapi sayang, penipuan ini memberi gambaran bahawa rakyat di mata Umno-BN adalah rakyat yang mudah diperkotak-katik dan diperbodohkan sewenangnya.

Inilah yang dikehendaki Umno-BN, agar rakyat mengalihkan pandangan, seterusnya menjadi leka dalam amarah. Lantas mereka menyusup menggunakan strategi kotor, termasuklah mengimport pengundi hantu di beberapa kawasan khususnya Kelantan, Terengganu dan tidak ketinggalan di Pekan, Pahang.

Pembangkang dicemuh melalui media tanpa ada ruang untuk kita memberi respon balas. Saya, yang sebelum ini dikatakan ‘tidak relevan lagi’ dalam politik Malaysia, saban hari diasak dengan pelbagai jenis fitnah dan tuduhan-tuduhan dangkal. Ironinya sambutan dalam program ceramah dan rapat umum mencecah ribuan pengunjung tanpa perlu sogokan wang ringgit mahupun elemen hiburan.

Dari Utara membawa ke Selatan, kesempatan berkempen selamat 13 hari diisi dengan baik. Alhamdulillah saya telah menyaksikan kebangkitan rakyat hampir di seluruh negara, dan perjuangan ini bukan perjuangan picisan, ini perjuangan rakyat yang ingin bangkit daripada penindasan zalim Umno-BN!

Sambutan ke atas calon-calon KeADILan termasuklah PAS dan DAP sangat memberangsangkan, dan kelihatan Umno-BN terus terdesak dan kalut. Meskipun mereka menguasai media arus perdana, mereka terus berada dalam keadaan bertahan. Manifesto KeADILan, PAS dan DAP langsung tidak mereka kupas, sebaliknya hanya menyerang, menyerang dan menyerang membabi buta.

Saudara-saudari sekalian,

Setiap rakyat berhak memperoleh peluang untuk melangkah dengan lebih baik. Malaysia punyai potensi yang sangat hebat, tetapi sayang potensi ini pudar dek rakusnya permainan politik Umno-BN yang terus memasung minda rakyat dengan sentimen perkauman sempit yang sarat dengan unsur-unsur rasuah.

Sistem kehakiman mudah dijual beli tauke judi, jenayah kian berleluasa dengan kes-kes rogol, ragut dan bunuh semakin meningkat. Polis tidak lagi bertugas mengawal ketenteraman awam, sebaliknya dikerah memantau pergerakan pembangkang. Inflasi semakin menggila, gaji kian menyusut, akhirnya rakyat terus hidup melarat. Yang diseru BN, agar rakyat terus bersyukur dengan apa yang ada.

Apa yang perlu anda lakukan pada 8 Mac 2008 adalah keberanian untuk berubah. Komitmen KeADILan jelas, kemenangan yang saudara/saudari berikan kepada KeADILan dan pakatan pembangkang lainnya akan diterjemahkan dengan penurunan harga petrol, kawalan inflasi dan kenaikan harga barang,usaha membanteras jenayah yang lebih padu, pendidikan percuma yang fleksibel untuk semua, dan kerajaan yang lebih adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

KeADILan telah mengemukakan Manifesto berjudul Harapan Baru untuk Malaysia yang begitu peka kepada menyediakan penyelesaian masalah-masalah asas rakyat Malaysia. Dan harapan yang dijanjikan KeADILan ini akan direalisasikan melalui calon-calon KeADILan yang datang daripada pelbagai latar belakang serta mempunyai kaliber dan kredibiliti yang sangat baik.

KeADILan, PAS dan DAP telah pun memainkan peranan untuk menyelamatkan Malaysia daripada lemas dalam arus kemusnahan dek nafsu serakah pimpinan Umno-BN dan tauke-tauke judi. Tinggal anda untuk membuat keputusan. Segalanya boleh direalisasikan, melalui anda, rakyat Malaysia yang bermaruah.

Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia kini telah matang dan bijak, dan kebijaksanaan itu akan diterjemahkan dengan mengundi KeADILan, PAS dan DAP pada 8 Mac 2008 ini sebagai satu usaha untuk menyelamatkan Malaysia.

Kini tiba masanya Malaysia menjajat masa depan dengan Harapan Baru yang lebih cerah dan perkasa. Penentuan di tangan anda. Kepada Tuhan kita berserah.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah!
posted by Farhan @ 9:57 AM   0 comments
Wednesday, March 05, 2008
Keputusan Ramalan PRU12
SENARAI KERUSI YANG BERPOTENSI DIMENANGI OLEH BARISAN RAKYAT DALAM PILIHARAYA UMUM KE -12 PADA 8 MAC 2008

NEGERI
PARLIMEN
( BR)
PARLIMEN
(BN)
DUN
(BR)
DUN
(BN)
CATATAN
Johor
1
25
5
51
Kerusi BN merosot
Kedah
7
8
21
15
Kerajaan Baru Barisan Rakyat
Kelantan
12
2
40
5
Status Quo
Melaka
1
5
8
20
Kerusi BN merosot
Negri Sembilan
1
7
16
20
2/3 majoriti di nafikan
Pahang
1
13
11
31
Kerusi BN merosot
Perak
14
10
32
27
Kerajaan Baru Barisan Rakyat
Perlis
2
1
8
7
Kerajaan Baru Barisan Rakyat
Pulau Pinang
8
5
25
15
Kerajaan Baru Barisan Rakyat
Sabah
6
19
19
41
Kerusi BN merosot
Sarawak
8
23
-
-
Kerusi BN merosot
Selangor
14
8
32
24
Kerajaan Baru Barisan Rakyat
Terengganu
6
2
22
10
Kerajaan Baru Barisan Rakyat
Wilayah Persekutuan
9
4
-

Kerusi BN merosot
JUMLAH
90
132
239
266



PARLIMEN
PAS - 37
PKR - 30
DAP - 23
Muka lama yang tewas
Samy Vellu, Rafidah, Syed Hamid,Sharizat, Nor Yacob, Aziz Samsudin dll (sila baca )
Muka baru 'bakal meletup '
Saifuddin, Nurul Izzah, Yusmadi Yusof, Teo Nie Ching, Dr.Hatta, Azmin dll
posted by Farhan @ 11:10 PM   0 comments
Tuesday, March 04, 2008
Poster lagi....






posted by Farhan @ 10:56 AM   0 comments
Monday, March 03, 2008
Isu negara Islam..memahami situasi semasa


Hakikatnya,penulis bukanlah manusia yang layak menjawab,memandangkan yang lebih layak tentulah empunya badan.Namun,sedikit pandangan penulis ini mungkin bisa menenangkan kembali beberapa keping hati yang kian loggar ikatannya pada tiang perjuangan.InshaAllah.

Dalam video di atas (penulis percaya dilafazkan dihadapan penyokong India),ayat DSAI berbunyi,"Saya tidak menyokong apa-apa tuntutan Islamic state".

Penulis sebenarnya tidak merasa sedikitpun gundah gulana pada ayat calon Perdana Menteri Barisan Alternatif ini.Apa yang harus pengunjung fahami adalah ayat ini diungkapkan dihadapan ribuan penyokong bukan Islam yang selama ini sudah rosak pemikiran mereka dengan propaganda jahanam UMNO terhadap Islam dan Hudud.Dalam hal ini,pengunjung harus memahami apakah 'tuntutan Islamic state' yang dimaksudkan Anwar.Untuk memahaminya,pengunjung perlu bertanya dahulu kepada rakan bukan Islam,apa yang dimaksud dengan 'Islamic state'?.Apa kefahaman mereka terhadap 'Islamic state' itu sendiri.

Kefahaman dominon yang sering dimiliki bukan Islam terhadap Islamic state itu adalah 'pelaksanaan Hudud'.Makanya,maksud Anwar bahawa beliau tidak menyokong usul Islamic state adalah beliau tidak menyokong pelaksanaan Hudud di negara Malaysia apabila kemenangan dinikmati BA kelak.Itu maksud sebenar beliau.Makanya apakah ini bermakna Anwar menafikan kehendak,matlamat,impian dan target utama PAS yakni menegakkan daulah Islamiyyah di Malaysia?Jawapannya juga tidak.

Penolakan ini dibuat oleh Anwar atas dasar ketidakfahaman atau lebih tepat dipanggil kesalahfahaman bukan Islam terhadap isu negara Islam itu sendiri.Natijah propaganda songsang UMNO terhadap perjuangan PAS dan daulah yang diingininya,bukan Islam memandang negara Islam itu sebagai musuh yang lebih besar daripada ideologi rasis yang dianut sebahagian parti di Malaysia;suatu ideologi yang selama 50 tahun telah meletakkan mereka sebagai warga kelas ke dua di tanah kelahiran sendiri.Andainya Tun Dr Mahathir tidak menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan pada 1993,tidak akan timbul ketidakfahaman ini yang menangguhkan sementara pelaksanaan daulah Islam yang sebenar.

Maka kemudiannya timbul persoalan,atas sebab apakah pula Anwar tidak bertindak menerangkan ideologi sebenar negara Islam kepada para penyokong PKR?Gila kuasakah Anwar?Apa sebab pula PAS tiba-tiba berlembut dengan isu ini lantas mengisytiharkan matlamat negara kebajikan dan bukan lagi negara Islam?

Andaiannya begini,tuan punya seorang anak berusia 6 tahun.Anak tuan ni tak suka makan sayur sebab katanya pahit.Maka apa yang tuan mahu buat agar anak tuan makan sayur?Adakah munasabah untuk tuan-tuan terangkan khasiat sayur secara mendalam kepada anak kecil ini?Apa dia peduli?Apa dia perlu ambil port?Kalau saya,saya akan campurkan sayur itu dengan mayonis yang dia suka.Kemudian bagi dia makan.Dia akan makan sebab dia suka mayonis.Bagaimana dengan sayur?Khasiat sayur yang dimakan tidak akan hilang.Kemudian kita kurangkan mayonis sedikit demi sedikit dan akhirnya si anak akan dapat makan sayur terus.

Konsep ini dipanggil peralihan.Peralihan tidak boleh dibuat secara mengejut andai ia belum difahami oleh orang yang akan mengalaminya.Nanti bisa menimbulkan keadaan yang kurang senang.Macam anak pengunjung,kalau dipaksa-paksa makan sayur,nanti meraunglah dia memberontak.

Sama konsepnya seperti sekarang,benar ada bukan Islam mampu untuk terima hanya dengan penjelasan.Kita dapat melihat perkembangan sihat ini hasil kerja keras Ustaz Mujahid dan rakan-rakan.Tetapi lebih ramai yang masih ragu,tidak peduli dan gerun untuk mengambil risiko.Dan adalah sesuatu yang mustahil untuk pihak PAS menjelajah seluruh negara memahamkan bukan Islam terhadap pemerintahan Islam itu sedangkan jangkaan masa untuk pilihanraya seterusnya sekadar sebulan daripada tarikh hari ini.

Jesteru,pilihan yang ada adalah dengan menerapkan ciri-ciri negara Islam yang boleh diterima umum terlebih dahulu.Antaranya penghapusan rasuah,kebebasan media,ketelusan kerajaan,penjagaan kebajikan rakyat,menghapuskan pembaziran,menamatkan riwayat undang-undang zalim seperti ISA dan OSA serta membebaskan institusi berkecuali seperti kehakiman dan keselamatan daripada belenggu pemerintah.

Sepertimana anak-anak boleh makan sayur yang digaul dengan mayonis,begitu juga bukan Islam akan gembira hidup dalam sebuah negara yang mereka anggap sekular tetapi sebenarnya subur syariat dan pelaksanaan Islam di dalamnya.Penulis sebenarnya amat yakin dengan kaedah penerimaan berperingkat ini.Buktinya jelas di Kelantan apabila calon PAS,Anuar Tan menewaskan calon MCA di DUN Kota Lama;DUN yang mempunyai peratusan penduduk Cina hampir 40% pada pilihanraya 2004. Ia membuktikan penerimaan rakyat Cina Kelantan terhadap pemerintahan Tuan Guru sekarang walaupun pada 1990,rakyat Cinalah yang paling merasa gundah apabila tampuk kerajaan bertukar tangan.

Konsepnya sama dengan Parti Islam AKP di Turki apabila mereka memenangi Pilihanraya umum Turki.AKP bermatlamatkan sebuah negara Islam.Tetapi apabila mereka menang,mereka pantas mengisytiharkan Turki adalah sebuah negara sekular dan akan terus menjadi negara sekular.Lebih kurang begitu.Maka apakah ini dikira menggadaikan tujuan asal?Apakah dikira AKP gadai islam kerana kuasa?

AKP sengaja mengisytiharkan Turki negara sekular atas sebab andainya Turki diisytiharkan negara Islam,maka pihak tentera yang mengakui diri sebagai "Penjaga Sekularisme" akan menggulingkan AKP sepertimana Refah dahulu.Maka bukan sahaja negara Islam itu akan terkubur,nak membetulkan negara,menjalankan syariat pun tidak berbau.

Sama keadaannya seperti sekarang.Andai Anwar dan PAS terlalu berkeras mahukan negara Islam dibuat apabila menang,maka pastilah Cina dan India yang sudah ditembusi dengan propaganda jahanam UMNO terhadap Islam dan Hudud dahulukala akan menolak BA secara total.Ketika itu bukan setakat nak tengok penegakan negara Islam dan syariat,nak hapus ISA,nak hapus rasuah,kronisme,nak senangkan rakyat pun tak berbau.

Penulis kerap mencadangkan,andainya BA benar-benar mampu memerintah,maka PAS diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan syariat secara sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu terlebih dahulu;dua buah negeri dengan komposisi 97% muslim.Makanya,bukan Islam akan melihat sendiri bukti fizikal kejayaan pemerintahan Islam yang sebenar di negeri-negeri ini.Kerana naluri manusia itu lebih mempercayai apa yang dilihat daripada teori yang dibaca.

Dalam isu ini,selagi ahli-ahli UMNo tidak insaf dan terus buta tuli taat dan tunduk pada sekularisme tinggalan penjajah British,PAS sebenarnya hanya ada 2 pilihan:

1. Laksanakan berperingkat negara Islam
2. Teruskan niat untuk laksanakan negara Islam secara mengejut dan PAS akan terus jadi pembangkang kerana itu.

Penulis melihat PAS sedang memilih langkah yang pertama sekarang.

Penulis sesungguhnya bimbang,andai ketidakfahaman bukan Islam terhadap pemerintahan Islam yang sebenar itu masih menebal dan kita pula melaksanakannya dalam keadaan begitu,maka dibimbangi akan wujud provokator yang menghasut bukan Islam agar memberontak sekaligus menjadi modal mudah buat gerakan anti Islam menuduh pengamalan Islam sebagai pencetus ketidak amanan di dalam negara.

Tangguh dan Gugur adalah 2 perkara yang berbeza.Dalam perjuangan politik,pemimpin tidak sewajarnya sekadar berpegang pada prinsip,tetapi kebolehannya mengekalkan prinsip dalam berstrategi adalah jauh lebih penting.Dan pemimpin juga perlu tahu bermuslihat.Sepertimana muslihat TG Nik Aziz yang memperdaya Tun Dr Mahathir pada 1999 dengan ayat "Lim Kit Siang pun boleh jadi PM" sehingga menyebabkan Tun tergesa-gesa mengisytiharkan pilihanraya kerana menjangkakan itu modal ampuh bagi menunjukkan kecelaruan fikrah PAS.Walhal hakikatnya,sesiapa sahaja boleh jadi Perdana Menteri jika partinya memenangi kerusi majoriti.Jika orang sealert,setangkas dan sehebat Tun boleh terpedaya dengan muslihat Tuan Guru,apalah sangat Pak Lah yang hebatnya sekadar hebat menutup mata!

Itulah pandangan penulis..

p/s: Bukan satu kehairanan apabila bukan Islam menolak negara Islam tetapi lebih ganjil apabila orang Islam sendiri lebih percaya kepada sekularisme daripada agama anutan sendiri! (semoga Tokapi faham kenapa dlm PRU-12 PAS tkda sebut negara Islam)

credit to iBNuZaCK
posted by Farhan @ 3:46 PM   0 comments
Bersua muka dgn Tuan Guru Nik Aziz
Bertempat di Dewan Besar kompleks serbaguna Presint 9, akhirnya dapat juga saya bersua muka dengan tokoh ulama terkenal iaitu Tuan Guru Nik Aziz, yg datang ke sini khas untuk berjumpa dgn penyokong2 PAS khususnya di Putrajaya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tiba di Putrajaya kira-kira jam 6.45 petang tidak menghampakan penyokong2 PAS biarpun beliau hanya sempat meluangkan masa selama kira-kira 15 minit. Walaupun Tuan Guru hanya sempat berucap pendek, bagaimanapun itu sudah memadai dan memberi kesan kepada penyokong2. Semoga PRU kali ini akan berpihak kepada PAS dan BA umumnya.







p/s: pics taken by SE k750i jer...heheee (nk beli SLR tkder duit lgik)
posted by Farhan @ 2:39 PM   0 comments
About Me

Name: Farhan
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
My Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER