Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....
Perutusan Khas Pilihan Raya: Mursyidul Am seru rakyat selamatkan Malaysia
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - 'Selamatkan Malaysia dari pemimpin-pemimpin yang korup agama, muflis nilai, gilakan harta dan hidup bertopeng pelbagai segi.Tinggalkan parti Umno dan Barisan Nasional yang tidak lagi bertindak sebagai seorang bapa. Dia hanya mabukkan dunia, memuja nafsu, kuasa dan takhta semata-mata.
Beralihlah kepada PAS dan Barisan Alternatif (BA). Di sana ada sebuah bahagia dan taman hijau penuh harapan. Mari kita buka pintunya dan memasukinya mulai 8 Mac ini.
Demikianlah antara bingkisan dan cebisan petikan perutusan khas pilihan raya Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para pengundi di seluruh Malaysia yang akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Bagi Timbalan Mursydul Am PAS Dato' Dr Haron Din menasihati pengundi bahawa pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq sewaktu menjadi khalifah.
"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."
Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Dr Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada hari ini.
Bagi Mufti Besar Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abdidin yang pernah menulis buku 'golongan yang haram di sokong' menyatakan bahawa undi mempunyai nilai yang sungguh besar dalam Islam.
Malah undi berperanan untuk mencegah atau meneruskan kezaliman daripada berlaku dan dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak, katanya yang dipetik daripada buku tersebut.
Beliau mahu umat Islam supaya membuat keputusan yang betul dan tidak memberi undi kepada pemimpin atau golongan yang zalim.
"Oleh itu, bertaubatlah jika anda pernah menyokong golongan zalim, sama ada dengan suara, perbuatan atau undi anda.
"Janganlah diulangi kemungkaran ini di kala kezaliman kelihatan sangat jelas dan nyata di hadapan mata kita," katanya.