Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....
Haa..hari nih aku telah menonton movie yang ala-ala comel gitu yang bertajuk 'Tentang Bulan'
Sinopsis:
TAHUN 1985, Asmawi, Bulat, Ketot, Budi dan Ila adalah lima sekawan paling akrab di desa mereka. Kelima-lima mereka mempunyai perangai dan telatah unik masing-masing dan itulah yang menjadikan mereka bertambah rapat. Sebagai satu kumpulan, mereka menjadi kuat kerana masing-masing punyai kelebihan tersendiri.
Walaupun sering dikutuk kerana tidak berkelakuan lemah lembut seperti perempuan, Ila tidak endahkan kata-kata orang lain kerana dia tahu dia mempunyai empat orang kawan rapat yang sanggup bersama-sama dalam susah mahupun senang.
Kelima-lima sahabat ini gemar melepak hingga larut malam apabila bulan penuh dan berangan-angan, satu hari nanti, akan sampai ke sana juga. Namun, persahabatan serta kesetiaan yang pernah mereka lafazkan sebelum ini goyah dengan kehadiran Zurina, yang baru berpindah ke desa itu. Sejak itu, Ila mula disingkirkan rakan-rakannya hingga dia memutuskan untuk berpindah ke kota dan bersekolah di sana.
p/s: kepada kawan2 yg belum tengok cerita nih...filem nih recommended...best tau...:D
The 26th Engineering Society's Sudy Scheme (ESSOS) Conference 2007 Venue: Auditorium Perdanasiswa, University of Malaya Topic: Internet Security Towards A Safer Cyberspace Time: 8.30am - 5.30pm
OK...atas permintaan ramai...so aku pun membuat posting pasal penyanyi yang bernama Taufik Batisah ini. Taufik nih ialah penyanyi Singapore yg menang Singapore Idol pada 2004. Dan dah ada beberapa album dah pun. Kat sini aku nak share lagu2 dia yg best...
Tidak ku sedar setahun sudah berlalu Rasanya bagai hanya hari itu Terakhir kali bertemu
Takkan ku lupa semua segar dalam ingatan Sayangnya kita tidak pernah berikatan Semuanya tinggal kenangan
(Pre-Chorus) Tapi janganlah engkau salah sangka Aku kembali tanpa sebarang agenda
(Chorus) Bagaimana, seharusnya ku mengutuskan Satu sikap yang bijaksana Seandainya, kau tak mengaku Hati mu teruntuk ku Dan bila, sampai waktunya ku pergi lagi Ku perlu engkau memahami Aku hanya ingin melunaskan sesuatu janji
Tidak ku sangka cinta kita jadi begini Dunia dewasa tidak sebebas dulu lagi Terpaksa mendiamkan diri Apa di hati
Pre-Chorus Chorus
(Bridge) Bukan maksudku membuat kau terkeliru Harap kau mengerti hati ku Selalu dengan mu
Usah Lepaskan by Taufik batisah
Yang terindah Terlukis di bibir mu Tak pernah ku lihat senyum mu Sebegitu Pudar kah sudah cinta yang ku beri Bewarna warni segala Yang dijanjikan ia
(Chorus) Usah biarku bersendirian Usah biar hati mu di tawan Usah biar diri ku disini Seorang menunngu tanpa teman
Usah lepas genggaman tangan mu Usah biar semua berlalu Usah terlupa perasaan hati Pertama kali kita bertemu Usah lepaskan
(Bridge) Tak mudah ku melupa segala yang berlalu Ku ingin selalu bersama mu
Chorus
Ku tak peduli apa sebabnya Engkau dan dia harus bersama Mendungnya langit bila berkata Kita patutnya masih bercinta Usah lepaskan
Usah lepaskan
Yang terindah Terlukis di bibir mu Tak pernah ku lihat senyum mu Sebegitu
p/s: ni lagu2 tema aku nih...a.k.a. aku nyer OST...hahahaa..chewahh
UG Gathering & Trip to Malacca ( the best gathering ever)
Wahh....semasa post ini ditulis..aku baru jaa recover dari keletihan yg melampau akibat berjalan ke Melaka...iaitu sebuah negeri yg begitu asing sekali bagi aku. Serius..aku langsung tk tau apa kt Melaka nih...kira kalau org tggl kan aku kt situ mmg menangis la aku nak carik jln balik...hahahaa...alarhh..sesat2 pun kt Malaysia jgak...bukan kt Mexico...hehehee
Ok...mari aku start crita...jam 4.00 petang kitaorg yg dah bersiap berkumpul nih bergerak meninggalkan uniten menuju ke Melaka. Konvoi yg dianggotai oleh 9 bijik kereta atau bersamaan 48 org ditemani cuaca yg kadang2 hujan...kadang2 cerah...hujan tu kira hujan rahmat larh tuu... Aku naik kereta neo radin bersama2 dgn rakan yg sekepala yg lain iaitu Tokapi, Shahril, dan Iqbal. Perjalanan yg lebih kurang 2 jam ini diisi dengan cerita2 lawak...sesi kutuk mengutuk dan sesi merepek2...hahaha...kata dah satu kepala kan...mesti laa takdak hal nak mrepek2 semua nih...hehehe
6.30 Petang..haa...dah sampai pun tempat yg dituju...iaitu Muara Bidara Beach Resort yg terletak di pantai padang kemunting, pengkalan balak yg berada di bawah daerah Alor Gajah tak salah aku...
Sampai jaa kat tepi pantai perasaan aku tk bleh digambarkan lagi...dah lama weh tak tengok laut macam nih...ditambah plk bleh mandi2 laut...(ni semua akibat janji k***ng kawan2 aku yg janji k***ng ituu...alaa..yg janji nk gi cherating tuu...alaa...4get it larhh...janji melayu mg camtu
Selepas check-in hotel...aku yg dah mmg tk sabaq nih terus tukaq pkai short nak bermain2 ombak...hehee...rindu wehh...kat KL mana ada laut...hahahaaa
Malam plk ada time dinner kitaorg bedal BBQ ayam ngan nasik lemak... Pastu sesi bebas..haa..time sesi bebas nih larhhh kitaorg lepak2 menenangkan fikiran sambil mengenang kembali kenangan2 yg berlalu sepanjang di uniten. Pastu ada sesi berborak sambil duduk mengelilingi unggun api...dan tgh malam sikit kitaorg buat kerja gila iaitu main bola sepak pantai...hehehee
Hari esok nya..pagi2 buta aku ngan kwan2 buat kerja gila lagi...pergi berendam dlm laut...hahaha...dok tahan dari semalam dok nk mandi laut...arhhhh....legaaaa~~~~ dapat mandi laut...
Tengah hari selepas check-out...kitaorg mula bergerak pegi ke Bandar Melaka... Antara tempat yg dilawati ialah Kota A Famosa, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan tempat di sekitar kawasan tersebut... Kat MP bebudak nih sibuk masuk arcade main game ngan main bowling...sementelah aku plak bergayut kat henfon...heheheee...org lain lenguh tangan main bowling aku plak lenguh tangan bergayut kt henfon...hahahahaa....
7.30 mlm ...dah letih...so kitaorg pon bergerak meninggalkan kawan2 yg masih lagik main bowling kt MP tuh...hahaha...dalam on the balik ke KL nih ada plak sesi bersama Dr.Shahril(PH.D in Love)yg memberi segala tips dalam hal2 percintaan dan berbincang mengenai soal hati dan perasaan ...chewahh...jiwang plk bunyi nyer...
Apapun ...trip nih memang best...TQ kat org2 kuat UG forum...
Yeahh...series yg aku minat dan ternanti-nanti telah bermula... The Apprentice L.A. sama jugak mcm episod2 lepas...tp erpisod kali nih lagi besh...sebab ada regulation yg agak drastik...contoh...group mana yg kalah...kena tido dlm khemah...
Dengan 18 orang calon yg datang dari pelbagai background sudah pasti ianya menjanjikan persaingan yg hebat... Marilah kita layannnzzzz...
Kalau nak tau lagi pasal The Apprentice LA nih klik kat SINI
Fall in love with Sony NW-S703F/NM Network Walkman 700 series
Hah...kali nih aku saja nak preview gajet yg aku idam2. Sony Network Walkman. Apa yang best ngan walkman nih ?? Haaa...semalam aku gi Sony Times Square utk tgk walkman ni dengan dekat dan merasai 'kelazatan' player nih. Yg best nyer player nih dia ada Noise-Cancelling iaitu yg berfungsi dari earphone player ini. Earphone nih dilengkapi microphone untuk amik bunyi dari luar...pastu analyze...pastu sesuaikan bunyi lagu supaya bunyi yg dihasilkan(output) adalah betul2 bunyi lagu yg mantap...Hahahaa...aku dah syok larrr kat player nih...heheheeee
There are only 2 thing to worry about in life- either you are healthy, or you are sick. If you are healthy you have nothing to worry about, but if you are sick you have 2 things to worry about: either you'll get better, or you'll die. If you get better you have nothing to worry about, but if you die you have 2 things to worry about: either you will go to heaven, or you will go to hell. If you go to heaven you have nothing to worry about, BUT if you go to hell you'll be so damn busy shaking hands with your friends, you won't have time to worry!
4. The handsome, nice and heterosexual men are married.
5. The men who are not so handsome, but are nice men, have No money.
6. The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money.
7. The handsome men without money are after our money.
8. The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think we are beautiful enough.
9. The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money, are cowards.
10. The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!!
11. The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative.
NOW, WHO THE HELL UNDERSTANDS MEN?
"Men are like a fine wine. They all start out like grapes, and it's our job to stomp on them and keep them in the dark until they mature into something you'd like to have dinner with."
Yeahh..sebenarnya gambar di atas belum menceritakan segala-galanya apa yang berlaku malam tadi. Bertempat di Amirali Bangi, sekumpulan pemuda yg dianggotai oleh Nazri, Tokapi, Radin, Shahril, Faiz, Iqbal, Abu dan aku telah berkumpul sambil borak2, kutuk2, gelak2 dan macam2 lagi yg difikirkan perlu sebagai seorang lelaki sejati. Thanks God coz we not annoyed by someone yg kitaorg jadikan bahan malam tu...muahahahahaaa...(gelak setan)...
Malam tadi juga merupakan satu sejarah dan wajar dimasukkan dalam slot "Hari Ini Dalam Sejarah" pasal Tokapi mencipta satu rekod baru. Tokapi telah menghisap shisha...OMG...!!! heheheee
Tapi shisha malam tadi memang best dan kaw giler...kena sampai 2 dapur...perghhh...1st dapur perisa strawberry iced mint dan yg 2nd grape iced mint... Tengoklah gambar kat atas tu...best kan dier nyer dapur...tapi org yg dalam gambar tu jer yg tak best...ignore jer org tuu...muhahahaa (jgn marah shahril)....
Apapun...malam tadi nyer hang-out memang bessssstt...
Ermmm...kali nih aku nak post info yg aku dapat dari email aku iaitu pasal DARA... Jom aku share info nih...aku pun bukan tau sangat pun pasal DARA nih...mariii...
APA ITU SELAPUT DARA??
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.
ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.
APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.
Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.
APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.
Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.
APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.
Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.
Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.
Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.
Dalam lelapku ini terbayang wajah seakan puteri.. dalam lelapku ini munculnya dia bagai bidadari.. Dalam renungku ini sepenuhnya ku ingin mendekati Dalam hatiku ini sepenuhnya ku ingin memiliki Dan bila... Cuba bangun dari lelapku Dan bila.. Ku cuba bukakan mataku.. Dan hilang.. segala rupa yg telah ku bayang Dan hilang.. segalalah sayang telah ku rasa Dan hilang.. segala semua harapanku Dan hilang... Cerita indah...
Ni pic yg sempat diambik masa tgh 'merasa' neo baru Radin...muahahaa...air-cond dierr sejukkkk siottt....muahahahaa