Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....

.....Farhan's Blog.....

we all live under the same sun then why can't we live as one ???

My Shoutbox..Let SHOUT!!!
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x
My Friends Blogs
Today's History
My Jiwang Torrent
Ads
Referer
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Snap Shots
Get Free Shots from Snap.com
Tuesday, June 20, 2006
Tun Dr.M vs Pak Lah
Sejak akhir2 nih media banyak menghangatkan kisah 2 orang pemimpin Melayu ini...seorang bekas Perdana Menteri yang disanjungi ramai dan seorang lagi Perdana Menteri yang baru meningkat naik...

Kalau orang tanya aku sokong siapa...sudah tentu aku sokong Tun Dr.M.....ini berdasarkan konsep kepimpinan yg beliau tunjukkan sepanjang pemerintahan beliau...berbanding dengan Pak Lah yang konsep kepimpinan beliau dilihat agak slow atau 'mandom'...Amalan politik Pak Lah juga dilihat agak kotor dimana sebagai rakyat biasa kita boleh tengok secara terang-terangan...

Dari segi ekonomi plak aku dapat rasakan Pak Lah tak menjana ekonomi Malaysia (ekonomi suku sakat dia ada la kot)....dan hasilnya semua harga barang naik....

Jika di era Tun, rakyat merasa selamat dengan inflasi terkawal, kerana penjanaan ekonomi negara dilakukan tanpa membebankan kehidupan seharian rakyat. Malah duit EPF rakyat masih dapat dinikmati bila tiba masanya tidak kira samada kerajaan menggunakannya atau tidak untuk penjanaan ekonomi. Di masa yang sama juga, Tun memastikan agar negara tidak terbeban dengan ‘hutang yang tidak sihat’ dalam mengambil tindakan ini. Segala projek mega dibangunkan untuk menyediakan Malaysia menghadapi kemajuan sepenuhnya pada tahun 2020 - dengan kos hari ini. Hasilnya, rakyat hidup senang, syarikat milik kerajaan juga tidak susah dan negara juga tidak terbeban.

Rakyat, syarikat kerajaan dan negara bersama-sama meningkat pada kadar yang memuaskan di waktu itu.

Namun, di era Pak Lah ini, rakyat terasa bagai dianak-tirikan. Suara rakyat, iaitu pekerja syarikat milik kerajaan, vendor-vendor syarikat tersebut, kontraktor dan sub-kontraktor yang terlibat dalam berbagai projek mega, peniaga-peniaga dan seluruh rakyat biasa bagaikan tiada nilai di mata kerajaan.

Jika harga naik, rakyat harus terima. Jika syarikat tutup, rakyat harus terima, Jika projek batal, rakyat harus terima. Jika banyak soal – salahkan Tun Dr. Mahathir.

Sebuah keluarga mungkin boleh senang dalam masa 10 tahun jika mereka berjimat dan menyimpan. Wang itu kemudian bolehlah diguna untuk menghantar anak-anak ke Universiti atau menunaikan Haji atau melancong. Penjimatan dan simpanan boleh membuat sesebuah keluarga itu senang tetapi tidak boleh membuat keluarga itu kaya. Jika ingin kaya, wang penjimatan dan simpanan perlu dijana dengan cara melabur atau berniaga. Pinjaman mungkin juga diperlukan untuk memastikan penjanaan ini membuahkan hasil yang maksimum atau memuaskan.

Tetapi negara yang berjimat cermat dan ‘menyimpan’ tidak akan menjadi senang,jauh sekali menjadi kaya. Negara yang berjimat cermat dengan tidak berhemat hanya menyebabkan rakyatnya tidak dapat menyimpan langsung. Ini kerana pendapatan rakyat yang punya sedikit lebihan sebelum ini yang digunakan untuk menyimpan, kini tidak punya lebihan langsung kerana terpaksa menanggung harga barangan yang terus naik sehingga tiada ruang lagi untuk penjimatan apatah lagi untuk menyimpan. Rakyat yang susah akan menjurus kepada ekonomi yang lembab apabila dayabeli mula menurun.

Justeru, sudah pastinya, Tun Dr. Mahathir telah menyediakan landasan yang betul untuk Malaysia sebelum ini. Namun entah bagaimana Malaysia kini telah berada di atas landasan yang lain yang kononnya akan membawa kita ke destinasi yang sama. Sedangkan landasan yang terang-terangan bertentangan arah tidak mungkin dapat membawa kita ke destinasi yang sama.

Disini aku sangat sangat bersimpati kepada Tun kerana tersilap memilih pengganti dan gagal mendidik mereka sehingga beliau berpeluang melihat dengan mata kepala beliau sendiri akan kejahilan yang ada pada pemimpin-pemimpin Melayu hari ini. Begitulah ertinya MELAYU MUDAH LUPA!!!!

DEMI AGAMA DAN NEGARAKU MALAYSIA DICINTAI.
TERUSKAN PERJUANGAN MU TUN DR MAHATHIR
posted by Farhan @ 2:03 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Farhan
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
My Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER