Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....
Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.
"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya.
Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kenapa kau nak jolok pakai galah Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar ?.
Kalau ada sumur di ladang Bolehlah hamba menumpang mandi Patutlah bau badan kau busuk semacam Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..
Pisang emas dibawa berlayar Masak sebiji di atas peti Kat pasaraya tak ada hutang hutang Kalau nak, bayar, 'Cash On Delivery'?
Kalau ada jarum yang patah Jangan di simpan di dalam peti Kesian betul dengan kau ni Jarum patah pun kau simpan dalam peti?.
Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang Kalau kau berani kejarlah kucing tu Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat Kain aku, si pencuri yang sapu?
Rumah Pak Mamat di tepi sawah Pakai langsir berwarna biru Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke?.
Air pasang dalam surut pukul lima Nyonya bangun pagi siram pokok bunga Haloo nyonya, mau tanya sikit Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Kalau padi tu belumlah masak Janganlah tuai, taklah layu-layuan?..
Limau purut masak di dahan Batang selasih condong uratnya Limau purut tak boleh makan Nanti sakit perut apa ubatnya?.
Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu Pergi aje ke Kampung Pandan?
Sorong papan tarik padan Buah keranji dalam perahu Tolonglah jangan makan buah keranji tu Nanti badan kau orang berbau?.
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda Ana banyak takut jalan tutup mata Memanglah takut kalau jalan tutup mata Sebab takut terpijak lubang 'Indah Water'?
Encik Baba jatuh dalam parit Cik Aminah ketawa jerit jerit Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit?
Buai laju laju Sampai pokok sena Woii, jangan buai laju-laju Nanti kang tercampak kat pokok sena?
Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Cucur atap tak sedap Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap?
This is a genuine psychological test. Read carefully.
This is a genuine psychological test. Read carefully.
It is a story about a girl.
While at the funeral of her own mother, she met this guy whom she did not know. She thought this guy was amazing. Believed that this is her dream guy, she fell in love with him but never asked for his number, and then...
A few days later, the girl killed her own sister. Question: What is her motive in killing her sister? Give this some thought before you scroll down.
Answer: She was hoping that the guy would appear at the funeral again. If you answered this correctly, you think like a psychopath. This was a test by an American psychologist who used it to see if one has the same mentality as a killer. Many arrested serial killers took part in this test and answered it as indicated above.
If you didn't answer correctly - good for you. If you got the answer correct, please let me know so I can remove you from my address book. Hee hee hee :p
Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.
Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
p/s:post ni utk Jijy yg aweknya jauh di perantauan...hehee..jauh tu Mount Fuji...hehehee
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
Saya amat meminati rancangan realiti TV mengenai bisnes dan kepimpinan, The Apprentice yang diterbitkan secara eksklusif oleh Donald Trump.
Kepada yang menonton rancangan tersebut, kita dapat melihat bagaimana Donald Trump menilai peserta-peserta rancangan itu dari segi kepimpinan, perancangan projek, keputusan yang dibuat dan pelbagai aspek lain yang penting dalam perniagaan. Ketua pasukan yang kalah perlu membawa dua orang yang dianggap menyumbang kepada kekalahan pasukan tersebut, untuk dikeluarkan. Terdetik di fikiran saya bagaimana sekiranya Pak Lah menyertai program realiti The Apprentice itu, dan bagaimana ahli pasukannya yang terdiri daripada Samy Vellu, Khairy dan Najib berhadapan dengan Donald Trump.
Donald Trump: Lah, kenapa kamu kalah? Pak Lah: Saya pun kurang pasti, semua yang kami rancangkan berjalan lancar. Mungkin pasukan lain mempunyai kelebihan dari segi idea dan buah fikiran. Donald Trump: Siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam kumpulan ini? Pak Lah: Saya. Tetapi yang mencadangkan perkara tersebut ialah Samy Vellu. Samy Vellu: Memang saya yang mencadangkannya tetapi saya pun tidak tahu perkara akan jadi seperti ini. Donald Trump: Tapi kamu telah membuat kesilapan yang besar. Siapa yang bertanggungjawab dalam promosi? Saya melihat promosi kumpulan kamu sangat teruk, sedangkan kumpulan lain menyasarkan kepada pelanggan internet. Kamu hanya mempromosi di kaki lima. Khairy: Saya yang menguruskan promosi. Donald Trump: Apa pula tugas Najib? Najib: Saya menguruskan jualan. Bagi saya jualan kami tidak menyumbang kepada kekalahan tapi strategi pemasaran. Donald Trump: Saya sangat kecewa dengan prestasi kerja kamu, terutamanya kamu Samy Vellu. Tetapi sebagai pengurus projek, semua tanggungjawab terletak di bahu kamu Lah. Apa pendapat kamu? Pak Lah: Saya akuinya dan saya akan mempertingkatkan usaha saya dalam tugasan akan datang. Saya akan membuktikan yang saya akan menjadi perantis kamu.
Donald Trump: Baiklah, saya ingin kamu memilih 2 orang untuk dibawa ke bilik persidangan. Siapa yang kamu pilih? Pak Lah: Najib dan Samy Vellu.
Donald Trump: Kamu pasti? Kenapa kamu tak memilih Khairy? Bukankah Khairy juga melakukan kesalahan dengan pelan promosi yang kurang memberangsangkan? Pak Lah: Khairy lebih berusaha melakukan tugasannya dengan baik berbanding Najib walaupun gagal. Najib: Ye kenapa kamu memilih saya? Apa yang telah saya lakukan? Pak Lah: Jualan sedikit disebabkan oleh kamu. Itu tidak dapat dinafikan. Najib: Jualan sedikit kerana promosi oleh Khairy yang tidak sesuai dan tidak dapat menarik ramai pelanggan. Donald Trump: Sudah, cukup! Lah, kamu tahu yang Khairy dan Samy Vellu lebih banyak melakukan kesalahan berbanding Najib. Tetapi kamu tidak memilih Samy Vellu. Terlalu banyak kesalahan kumpulan kamu minggu ni. Kamu tidak dapat memimpin dengan baik. Pak Lah: Tapi.. Donald Trump: Lah, terlalu banyak kesilapan minggu ni.
Pak Lah: Tapi Tuan Donald… saya… Donald Trump: Lah… You’re fired! Go! I dont know, I`m not involved, enoughh!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat seperjuangan.
Kerajaan Penjajah. Tajuk entri kali ini agak menggerunkan, semoga Allah memberi perlindungan kepada saya. Kerana rakyat telah dicabar maka saya tampil dengan buah fikiran yang agak lama terpendam meluap-luap. Saya akan ulas berkenaan Dato Seri Anwar Ibrahim di akhir entri ini.
Saya masih ingat sewaktu saya kecil dulu, saya sering dibawa ke Port Dickson oleh arwah bapa untuk bersantai. Kami pergi sekeluarga dan kerap juga wan saya dibawa bersama. ‘Wan’ adalah panggilan bagi nenek di negeri kelahiran saya iaitu Negeri Sembilan.
Sepanjang perjalanan dari batu 4 P.Dickson ke Teluk Kemang, saya begitu teruja dengan rumah-rumah bungalow yang begitu besar. Seraya itu saya pernah berjanji kepada wan untuk menghadiahkan bungalow P.Dickson betul2 di tepi pantai. Janji seorang cucu yang juga janji seorang kanak-kanak riang yang belum kenal erti kehidupan sebenar.
Sedarkah saudara sekalian, jika saya belajar sehingga ke universiti sekalipun, jika saya bergaji 3 ribu sekali pun, belum tentu wan saya dapat merasai bungalow yang telah saya janjikan. Kalau saya tahu erti kehidupan di negara ini, sudah tentu saya tidak akan berjanji kepada wan untuk membeli rumah bungalow itu. cukup cerita kisah silam. Wan saya pun dah arwah berbelas tahun yang lalu.
Kita rakyat yang mempunyai sebuah negara, kita rakyat ada kerajaan ‘prihatin’, kita rakyat ada sumber alam yang begitu lumayan. Tetapi apakah yang kita ada buat diri kita? hutang kereta 30 ribu, hutang rumah 150 ribu, hutang pinjaman peribadi 20 ribu kononnya nak buat business sampingan. Apakah yang telah kita miliki sebenarnya? adakah aset atau liability ? Berapa ramai rakyat Malaysia beli kereta dengan cash? Tiada apa yang boleh dibanggakan jika setakat makan gaji bayar hutang. Saya percaya rakyat tertekan apabila memikirkan nasib ini.
Bukanlah saya nak menyalahkan kerajaan kerana hutang-hutang yang kita 'nikmati', tetapi wajarkah kita mempunyai hutang sebanyak itu jika kita hidup di negara yang cemerlang? Cuba kita andaikan, jika kereta kancil baru dijual dengan harga RM10 ribu, Proton Wira pula 15 ribu, adakah ianya menjadi beban yang besar kepada rakyat? atau adakah kerajaan pula yang terbeban dengan penetapan harga tersebut?
Bayangkan, jika kita hanya membayar RM100 sebulan untuk kereta proton saga baru, dan RM200 sebulan untuk rumah teres, bukankah banyak lebihan gaji? Mengapa keadaan itu tidak boleh berlaku di negara ini? Bukan satu perkara yang mustahil untuk merubah semua kepada sesuatu yang lebih baik untuk rakyat, kita bisa melakukannya, bukan melalui UMNO. Tetapi realitinya yang dihadapi oleh rakyat ialah, bayaran untuk saga baru ialah RM400 sebulan manakala bayaran untuk rumah flat kos sederhana pula RM600 sebulan baik dari segi sewaan mahupun belian. Kerajaan penjajah.
Mengapa kerajaan membiarkan harga Gen-2 60ribu bersamaan 4 kali ganda dari harga kos sedangkan pengeluar Gen2 adalah milik kerajaan? Mengapa kerajaan sanggup menjual kereta nasional dengan harga yang begitu murah kepada negara lain asalkan terjual tetapi kepada rakyat Malaysia, mencecah 60ribu? Bukankah ini satu bentuk penindasan? Oleh kerana rakyat berada di bawah genggaman kerajaan maka rakyat harus dibebankan untuk membantu kerajaan. Kerajaan penjajah.
Apabila rakyat yang semakin terbeban ini mencari inisiatif lain seperti berniaga, lain pula halanganya. Mana-mana kawasan yang telah berjaya menjadi tapak perniagaan, akan keluar notis untuk dirobohkan dengan alasan lazim, kerajaan ingin membangunkan kawasan perniagaan yang lebih 'proper'. Seperti yang kita sedia maklum, ada wang disebalik tujuan ikhlas, pasti, pasti, pasti terdapat way of interest. Apabila dibangunkan tapak perniagaan yang selesa, maka akan ada pula bayaran bulanan yang tinggi dengan tapak yang begitu terhad dan syarat-syarat yang amat ketat. Kerajaan penjajah.
Lain pula jadinya di petaling street. kita semua tahu bahawa apa yang diniagakan di sana adalah barangan tiruan dan banyak terdapat unsur kongsi gelap di sana. Namun, layanan kelas pertama yang mereka dapat, di mana atap serba moden dibangunkan untuk perniagaan haram. Salahkah jika saya katakan, suapan telah berlaku terhadap agensi kerajaan maka laluan mudah diberi kepada peniaga Petaling Street dan lebih dipermudahkan dengan mengiktiraf petaling street sebagai salah satu pusat pelancongan. Shit!
Kita kaji balik, semua projek kerajaan didahului dengan interestnya tersendiri. Kerajaan ada buat rumah flat untuk rakyat miskin, dengan kos beberapa juta di atas kertas, naiklah bangunan flat 17tingkat berupa seperti sarang merpati. Itupun kerajaan bukan beri percuma di atas kependudukkan setinggan berpuluh tahun, malah harus membayar kadaran sewa kepada DBKL, Inikah yang dinamakan Program Rakyat Termiskin?
Tanah asal yang si setinggan ini duduki merupakan tanah haram bagi kerajaan, dengan itu kondominium mewah dibangunkan di tanah tersebut khas kepada mereka sedangkan penduduk asal tinggal di rumah merpati yang rata-ratanya kawasan begitu sendat dan sesak. Kerajaan penjajah.
Projek-projek tembatan banjir sentiasa dipandang remeh, hanya setelah kerugian berbilion ringgit, kerajaan muncul bersama projek billion trowong smart yang juga mempunyai interest berbentuk tol. Pendek dan panjang kata, semua projek kerajaan Barisan Nasional adalah hanya yang memenuhkan poket kroni dan proxy sambil menindas rakyat marhein. Kerajaan penjajah.
Demikian jugalah sekatan yang dilakukan terhadap pemimpin yang berniat untuk membela bangsa. Demi menjaga kepentingan peribadi yang dipupuk sejak dulu kini dan selamanya, usaha untuk menghalang panjatan DSAI menjadi agenda utama para pemimpin kerajaan penjajah. Tindakan tahun 1998 yang lalu diulangi oleh pemimpin yang menjanjikan Islam Hadhari ini demi tujuan yang sama iaitu menghalang pembongkar rahsia dari memiliki kuasa. Iaitu kuasa yang boleh menghumban mereka ke dalam kegelapan. Kerajaan penjajah.
Rakyat pasti bangkit membela pemimpin yang menjanjikan pembelaan. Di saat rakyat berhimpun keluar ke jalanan, datang pula truck merah bomba bersama water canonya. Bomba yang hadir ini bukan datang untuk memadamkan bangunan yang terbakar, tetapi memadamkan api kemarahan rakyat. Air kimia dan bom asap itu tidak akan berjaya memadamkan luapan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Kerajaan penjajah.
Layarilah youtube untuk hari berikutnya, akan dapat di lihat rakyat dipukul, dihentak, disepak, diterajang oleh anjing-anjing kerajaan. Pemandangan sebegini tidak akan dilihat dalam bulletin utama tv3. Berhimpun secara aman bertukar ganas angkara mata-mata gelap, Special branch memainkan peranan untuk rosakkan himpunan aman seperti yang berlaku 1998. Siapa polis untuk belasah rakyat ? Dalam undang-undang mana yang membolehkan polis memukul orang yang berhimpun? Polis mempunyai hak untuk menangkap, tetapi bukan memukul! where is the rule of law?
Pemimpin seperti Dato Seri Anwar Ibrahim tidak terlepas dari menjadi mangsa kerajaan penjajah. Dengan persediaan yang cukup rapi untuk menumbangkan kerajaan penuh korupsi, langkahan dangkal dari pihak kerajaan menjelma demi mematikan langkah Anwar, untuk seketika gamaknya.
Perancangan DSAI sampai juga ke tangan UMNO. Pada pilihanraya kecil di Sanglang kelak, Anwar dikatakan akan membuat pengumuman bahawa beliau akan bertanding di satu lagi pilihanraya kecil yang 'besar'.
Saya jangkakan pilihanraya kecil itu akan melibatkan sebuah kerusi parlimen. Apabila berita ini tersebar ke tangan UMNO, maka laporan polis dibuat supaya DSAI tidak akan dapat bertanding atas sebab terlibat dengan jenayah / masih dalam perbicaraan.
Inilah cara juak Barisan Nasional untuk menggagalkan usaha merampas kerajaan dari tangan mereka. Keadaan ini memberikan tidak banyak pilihan kepada kita sebagai rakyat. Adakah kita perlu lakukan lebih lagi..? Rakyat jangan dicabar, jika rusuhan adalah jalan yang terakhir bagi kita, itulah pilihan yang telah diberi oleh kerajaan penjajah yang memerintah.
Percayalah, mereka akan mempertahankan kerajaan ini bagi menjaga segala rahsia korup mereka. Bukan hanya menjaga kroni2, dan hasil2 haram, malah mereka gentar kerana segala kemungkaran yang dilakukan selama berpuluh tahun akan terbongkar apabila kerajaan ini ditumbangkan.
Kerajaan penjajah ini mempunyai kuasa dalam semua bidang. Polis, FRU, mahkamah, media, SPR dan agensi-agensi lain, jawatankuasa itu dan ini yang menyokong penuh kemungkaran yang berlaku. Kita berazam untuk ubah mentaliti dangkal yang menyelubungi seluruh pegangan kerajaan.
Ayuh, bangkitlah. Jika kamu semua tidak berkesempatan untuk berjuang menentang penjajah seperti di zaman Tok Janggut, jika kamu semua tidak sempat lahir untuk menentang penjajah British bersama Datuk Dol Said, Inilah masanya untuk kamu buktikan darah kepahlawanan yang ada dalam diri setiap rakyat. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahmah Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru. Kerajaan Penjajah.
p/s: aku anak Perak. Ada betulnya artikel ni, tapi kena ingat Malaysia ni ada ISA (Ikut Suka Aku), klau kena msuk ISA tu jgn harap laa nk dpt pembelaan. TAKBIR !!!
Subject: Perbezaan Mahathir dengan AbdullahSelepas dua tahun mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengkririk kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dari pelbagai aspek. Kritikan tajam Mahathir mencetuskan pelbagai reaksi.
1. Semasa Jadi TPM
Mahathir Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya.
Abdullah Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.
2. Sejurus Selepas Jadi PM
Mahathir Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.
Abdullah Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.
3. Pembangunan Islam
Mahathir Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang fundalmentalist. Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.
Abdullah Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan Islam Hadhari' yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!). Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.
4. Menghadapi Aduan
Mahathir Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.
Abdullah Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, 'Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar' dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu political public relations. Itu sahaja.
5. Menghadapi Cadangan Perniagaan
Mahathir Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat?mukasurat yang berkaitan. Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' , Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.
Abdullah Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' . Pak Lah akan jawab balik, 'Tak ada wang tak payah buat'. Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone with the wind.
6. Pengurusan Waktu
Mahathir Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausa hanya sementara menunggu giliran.
Abdullah Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya! Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau. Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.
7. Memenuhi Jemputan Majlis
Mahathir Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.
Abdullah Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya. Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang 'alim' yang memandang ringan dengan janji-janjinya.
8. Membuat Keputusan
Mahathir Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin
Abdullah Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!
9. Menghadapi Wawancara Media
Mahathir Apabila Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan favourite penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris he says what he means and he means what he says. Noktah.
Abdullah Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab Saya tidak tahu, saya tak terlibat. Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.
10. Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik
Mahathir Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden parti.
Abdullah Campurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy.
Penutup
Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis mengenai Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.
Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya.
Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.
Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan.