Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....

.....Farhan's Blog.....

we all live under the same sun then why can't we live as one ???

My Shoutbox..Let SHOUT!!!
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x
My Friends Blogs
Today's History
My Jiwang Torrent
Ads
Referer
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Snap Shots
Get Free Shots from Snap.com
Saturday, September 22, 2007
Al-Fatihah buat Nurin Jazlin
Air mata orang ramai iringi pemergian Nurin Jazlin

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Tangisan dan deraian air mata orang ramai, tanpa mengira kaum, umur dan keturunan, mengiringi pemergian Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak mangsa culik yang mati dibunuh, ketika dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak, di sini petang ini.

Jenazah itu dimasukkan ke liang lahad tepat pada pukul 2.45 petang ini selepas solat Jumaat, sambil disaksikan oleh ibu bapanya, Jazimin Abdul Jalil, 33, dan Norazian Bistaman, 35, dan kaum keluarga serta jiran.

Kesedihan pasangan suami isteri itu yang kehilangan “Kak Ngah”, panggilan mesra bagi Nurin Jazlin, amat ketara dan kerap kali Norazian, berjubah dan bertudung hitam, terpaksa ditenangkan oleh keluarganya.

Suasana bertambah pilu ketika hadirin sepi memberi perhatian kepada pembacaan talkin.

Selesai pengebumian, Jazimin yang sebelum ini tidak dapat menerima hakikat bahawa kanak-kanak yang dibunuh itu adalah anaknya, kelihatan gagal mengawal emosinya apabila menangis teresak-esak di hadapan pusara Nurin Jazlin hingga ditenangkan oleh keluarga terdekat, sambil diperhatikan tiga lagi anaknya.

Selepas kembali tenang, Jazimin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin apabila tidak putus-putus mengirim ucapan takziah kepadanya sekeluarga.

“Saya juga berterima kasih kepada mereka yang bersama-sama saya sekeluarga mencari tanpa putus asa sejak Nurin hilang 20 Ogos lalu,” katanya.

Terdahulu, jenazah Nurin Jazlin dikapan dan disembahyangkan di Madrasah Assa’adah Seksyen 1 Wangsa Maju, iaitu berhampiran kediaman keluarga kanak-kanak berkenaan, sebelum dibawa dengan van sejauh 3 km ke tanah perkuburan itu.

Imam madrasah itu, Mohd Aziz Elias Zahari turut sebak ketika mengimamkan solat jenazah yang disertai kira-kira 200 orang selepas menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, Jazimin, yang kelihatan sering menitiskan air mata sejak pagi ini terutama apabila bersendirian, ketika ditemui pemberita jelas tidak dapat membendung rasa marahnya terhadap pembunuh anak kesayangannya itu.

“Pembunuh itu perlu dihapus dari muka bumi dan dihukum.

“Perbuatan pembunuh itu lebih keji dari binatang. Ini bukan kesalahan ibu bapa tetapi pembunuh yang tidak berhati perut,” katanya.

Jazimin berkata, walaupun tidak dapat mengenal pasti mayat anaknya sendiri sebelum ini kerana terlalu banyak perubahan ketara pada fizikal mayat, beliau reda dengan keputusan DNA itu.

“Cukuplah, tak perlu lagi buat ujian DNA kali kedua,” katanya.

Sebelum itu, bagi menenangkan jiwanya, Jazimin sebaik tiba di madrasah tengah hari ini dari hospital bersama-sama jenazah anaknya, tiba-tiba berhasrat untuk membayar zakat fitrah berjumlah RM28.20 bagi mereka enam sekeluarga termasuk Nurin Jazlin, di kaunter zakat madrasah itu.

Norazian pula kelihatan tidak mampu untuk berkata-kata, dan setiap pertanyaan pemberita hanya disambut dengan esakan.

Rakan Norazian, Rin Abdul Talib, 25, berkata, keluarga Nurin Jazlin termasuk rakan-rakan keluarga malang itu sebenarnya kecewa kerana polis tidak menyerahkan terlebih dahulu kepada ibu bapanya keputusan DNA yang membuktikan mayat kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin sebelum mengumumkannya kepada media semalam.

“Malahan kami pula yang bersusah payah ke sana (Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya) bagi mengambilnya.

“Sepatutnya famili tahu dahulu, bukannya media,” katanya.

Rin berkata, mereka terkejut apabila menonton berita di televisyen petang semalam yang melaporkan polis mengesahkan mayat itu adalah Nurin Jazlin.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Isnin lalu, mayat budak perempuan tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat itu adalah Nurin Jazlin.

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria.

Ia antara faktor yang menyumbang kepada kematian kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu yang ditemui mati berkeadaan kurus kering selain mempunyai pelbagai kesan lebam pada badannya, dan ini menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.

p/s: walaupun tak kenal adik Nurin Jazlin ni, bergenang dan menitis jugak air mata ini apabila mengikuti perkembangannya. Tambah pilu dan menangis apabila menonton Berita TV3 pukul 8.00 malam tadi yg menyiarkan upacara pengebumian allahyarham. Semoga dicucuri rahmat. Mari berdoa bersama2 agar penjenayah tersebut dapat ditangkap dan dihukum.
posted by Farhan @ 1:44 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Farhan
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
My Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER