Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....

.....Farhan's Blog.....

we all live under the same sun then why can't we live as one ???

My Shoutbox..Let SHOUT!!!
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x
My Friends Blogs
Today's History
My Jiwang Torrent
Ads
Referer
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Snap Shots
Get Free Shots from Snap.com
Monday, May 28, 2007
Pelan Pendidikan Nasional di Malaysia
posted by Farhan @ 11:35 AM   0 comments
Thursday, May 24, 2007
Seman Wheelie
Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengirawang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaantadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani,antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpunmembonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jarijemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti.Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaiansuara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku,tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa,terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantasdipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawakemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnyalantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalamperjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celahkereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat diamenekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampuisyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpamembuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkatsembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancanganseterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubahseperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka kerumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannyamenggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampukalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketardia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya.Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya.Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikanmenaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur,merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Semanterkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya kekanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnyamenjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Semanterus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpetakpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kats...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."

Sayuptedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan biladijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.
posted by Farhan @ 7:16 PM   0 comments
Sunday, May 13, 2007
Selangkah ke alam misteri
Ahmad baru diterima bekerja sebagai pengutip duit bayaran bagi perabot di courst mammorth.. dia bercadang nak bekerja bersungguh utk melanjutkan pelajaranya nanti...

Satu hari dia disuruh ke Kg Batu Cincin yg boleh dikatakan terkenal dgn cerita2 seram dari kawan2 yg pernah pergi ke situ... tapi dia tekadkan jugak diri utk ke sana "biarlah apa org kata, aku kesana nak buat kerja, bukan pergi makan angin", bisik hati kecilnya...

Lalu Ahmad pun memulakan perjalanan ke Kg Batu Cincin... Dilihatnya hutan disitu sgt tebal... dia mula gelisah tapi ditenangkan juga hatinya... setelah jauh dia mnyusuri denai2 dan semak2 tebal, dia pun sampai ke satu perkampungan... dilihatnya ada warung di tepi jalan menuju ke kampong.

"Baik aku minum dulu, boleh juga aku tanyakan alamat rumah yg aku cari ni" kata ahmad dalam hati dan memasuki warung tersebut. Ada sorang pakcik datang kepadanya lalu melihatnya atas bawah, ditatapnya wajah Ahmad... "anak nak minum apa? "tanya pakcik itu.

"Bagi saya teh ais ye pakcik, err minum aje" kata Ahmad. Pakcik tu pun berlalu." "Bila pakcik tu menghantar minuman nanti, baru aku ajukan pertanyaan mana arah alamat ini" kata Ahmad sambil memegang failnya...

Pakcik tu kembali dgn minuman yg Ahmad order tadi... belum sempat Ahmad membuka mulut, pakcik tu terlebih dulu mengajukan soalan, "anak ni dari bandar ke? hendak ke mana?", tanya pakcik itu.." ye pakcik, saya datang nak cari alamat ini" kata Ahmad sambil mghulurkan alamatnya...

Pakcik itu terdiam sebentar."pakcik tahu alamat ni, tapi ni kan dah petang" katanya...
Ahmad hairan, "kenapa pakcik? macam ada sesuatu saja?", tanya Ahmad sambil menggaru kepala yg yak gatal. "Rumah ni terletak paling dalam dihujung kampung ni,
berhampiran dgn hutan tebal. Selalunya tiada org berani kesitu tanpa hal yang penting,
sebab tuan rumahnya seorang pawang yg misteri"

Pakcik itu merenung jauh ke langit. "Apa maksud pakcik?" Ahmad merasa hairan dan berdebar2." "Dia tu datang ke kampung ni setahun yg lalu, dia membina rumah disitu sendirian, dia jarang keluar dari rumah tu walau utk ke kedai... "

"Satu perkara yg membuatkan org kampung merasa takut, bila ada org luar yg mencarinya utk berubat, pasti akan ada sesuatu berlaku selepas itu. Ada org nampak dikawasan rumahnya seperti ada sekumpulan lembaga yang tengah melakukan
keramaian pada malam hari, dan lembaga2 itu katanya 10 kali besar dari anak" katanya sambil menuding jari pada Ahmad".

Terkedu Ahmad seketika.

"Dan baru2 ni pakcik ada terdengar yang dia boleh merubah menjadi harimau, sebab itu lah dia tak pernah kekedai utk membeli makanan... kerana khabarnya beliau akan memburu di hutan bila menjelma menjadi harimau". Pakcik tu bangun dan berkata lagi "anak seelok2nya berzikir dan membaca ayat2 suci Al Quran sebelum kerumahnya
dan pohon perlindungan Allah agar tidak ada perkara buruk berlaku nanti" kata pakcik tu sambil tersenyum.

Ahmad terdiam, peluh dingin di ubun2 rambutnya mula turun. beliau didalam dilema sama ada meneruskan niatnya atau pulang sahaja. Setelah berfikir panjang, Ahmad memutuskan untuk pulang sahaja, "biarlah aku dibuang kerja, aku tak rela jika hayat ku tamat disini sahaja", bisik hati kecilnya.

Ahmad bangun dan berjalan kearah pakcik itu "berapa bayaranya pakcik? "sambil
menunjukan teh ais yg diminum tadi" "err 80 sen je nak, ehh... anak nak pergi dah ke? marilah pakcik tunjukan jalan". kata pakcik itu. "err saya tak berapa yakinlah pakcik, takpe lah, biar saya pulang dulu..."kata Ahmad dan berlalu dari situ. Pakcik tu memandang kereta yg dibawa Ahmad laju meninggalkan kampung sambil hati kecilnya berkata...

"Selamat lagi duit aku bulan ni... kena kelepet. Heheheee" kata pakcik tu dan berlalu masuk ke kedainya sambil nyanyi lagu nirvana 'smell like teen spirit'.

Rupa2 nya Ahmad adalah mangsa ke 8 yang di kelepet pakcik tu, yang tau pakai perabot tapi tak mau bayar...
posted by Farhan @ 12:45 AM   0 comments
Friday, May 11, 2007
Airways Meal
Kuwait Airways:


Saudi Arabian Airways:


Iran Airways:


Air India:


China Airways:


Air Canada:


Jamaican Airways:


Japan Airways:


AirAsia:
posted by Farhan @ 2:06 PM   0 comments
Tuesday, May 08, 2007
This is the The difference between girlz desks and boyz desks
This is the girl desk:



and this is the boy desk:

posted by Farhan @ 12:09 PM   0 comments
About Me

Name: Farhan
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
My Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER