Suddenly I think I always knew I had my share of mistakes...
Made quite a few...Finally I know and that's for sure
I don't look back in anger anymore....

.....Farhan's Blog.....

we all live under the same sun then why can't we live as one ???

My Shoutbox..Let SHOUT!!!
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x
My Friends Blogs
Today's History
My Jiwang Torrent
Ads
Referer
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!
Snap Shots
Get Free Shots from Snap.com
Sunday, June 25, 2006
Industrial Training Completed
Yeah...tanggal 23 Jun 2006, itulah hari yg aku tunggu-tunggu sebelum nih...tapi hari tuh jugak merupakan hari yg agak sedih bagi aku...tanggal tarikh tersebut secara rasminya telah cukup 3 bulan atau 12 minggu aku menjalani latihan ondustri atau lebihdikenali sebagai praktikal...

Hari nih aku kena paksa pakai baju melayu lengkap bersampin...tp atak pakai laa sampin...sebab sampin aku tinggal kat rumah kat kedah...kalau pakai sampin pon nanti takut kena ngorat oleh pramugari2 kat situ...aku nih kan pemalu orangnya...cewahhh...kekee

Pagi Jumaat tuh macam biasa laa rutin hari aku sebagai IT-IS Trainee(manage IT-IT infrustructure) dan sambung lagi menghand-overkan tugas2 aku sebelum nih kepada Akak Zuraida...dia akan sambung tugas2 aku...

Lepas sembahyang Jumaat aku dah ready kemas2 barang aku kat meja nih...pastu delete file2 yg tak berkenaan dalam PC office aku nih...cuma lagu jaa aku tak delete...sebab Akak2 kat situ kata lagu2 dlm PC aku best2...lagu org muda laa katakan...kekeke...Lagu clubbing jaa tak dak...kalau ada kantoi laa akuu...

Pukul 4.00 petang, Majlis Perpisahan utk aku pon berlangsung... semua staff2 FMC Dept kat situ mula bergerak ke cafeteria seperti yg dirancang...sampai jaa kat situ semua persiapan dah ready...MC hari tuh sendiri ialah Abg Saiful...Lepas tuh aku plak bagi ucapan...Lepas tuh AGM (Asistant General Manager) FMC plak bagi ucapan dan sedikit nasihat kat akuu

Lepas tuh upacara penyampaian hadiah...kekeke...lepas tu apa lagi...serang laa makanan kat situuu....ooo lupa nak cakap...majlis nih jugak turut diserikan dengan kehadiran pramugari2...kekekee...

Pukul 5.00...sekali lagi bersalam-salaman dengan staff2 semua...sedih aahhh rasaa...memang sedih nak tinggal orang yang menghargai kita dan kita juga menghargai orang lain...Semoga berjumpa lagii..

Ni antara hadiah yg aku dapat dan aku suka sangat...
posted by Farhan @ 12:22 AM   0 comments
Thursday, June 22, 2006
Visiting All MAS Department & Operation Centre in KLIA
Hari nih adalah antara hari yang bermakna bagi aku sebab aku telah dibawa oleh Abg Saiful & Abg Azam mengelilingi seluruh KLIA....kekekee...lenguh kaki berjalan...

Bermula dari Departure & Arrival Hall...segala pelusuk office2 kami masuk dan diberi penerangan oleh Abg Saiful & Abg Azam....

Lepas tuh masuk plak Satellite Building...melihat seluruh pusat2 operasi yg ada kat sini...yg byknya ialah mengenali 'MAS Transfer Counter', MAS Golden Lounge', Command Centre dan lain2 lagik...Yg paling best ialah dapat melepak dalam MAS Golden Lounge...best gilaaaaaaaaa duduk dalam nih...

Pastu jalan2 ke kedai2 yg ada kat sini...ingat nak beli laa apa2 yg murah kat sini...sebab 'duty free'...tapi bila tgk jaa harga2 kat situ...aiseh...apsal macam tak duty free plak...utk foreigner bleh laa kenceng...ngan aku sorry daa...kekekee...paling best tgk curut & tembakau kat situ...meleleh air liur tgk...tu tak masuk lagi coklat2 yg menjadikan nafsu makan aku bergelojak...perghh ayatt...

Lepas pusing2 ada laa dekat 2-3 jam jugak laa...terus balik ke Terminal..pekena Nasi Briani GAM...kekekee...Abg Azam belanja...kekee...buat praktikal kat sini best sebab ada jer org yg nak belanja...kekekekeeee

Penat jalan kami pon balik ke FMC...Aku terus settlekan Log Book, Evaluation Form dan report aku...Setakat nih report aku ada laa dalam 60% siap...tinggal nak tambah2 ayat, nak bagi lawa, nak buat conclusion...alaa..nanti laa sambung...kepala otak aku dah ingat rumah...nak balik...nak balik...

Esok Dept nih akan mengadakan majlis dan jamuan perpisahan untuk aku...Sedih wooo rasa...banyak benda yang aku belajaq kat sini...dari yg formal hingga la ke tak formal...kat sini laa aku dapat rasa penghargaan yg diberikan kepada aku dan penghargaan yg aku bagi kat orang lain...alaaa...touching laaaa...rasa nak nangis aaaa...isk...iskkk...isskkkk...serius wei...rasa nak nangis....

Sampai kat sini dulu...nak prepare ucapan utk majlis perpisahan esok...chiowww
posted by Farhan @ 11:12 PM   0 comments
Wednesday, June 21, 2006
Tinggal 2 hari ja lagiiii....
Macam tak percaya...itulah realiti...dah tiga bulan aku berpraktikal kat MAS nih...kekekee....esok Abang Saiful akan bawak aku melawat keseluruhan KLIA...termasuk melawat ke tempat2 yg bersekuriti tinggi...atau kawasan larangan...kekekeee.....

Hari nih tugas aku ialah meng'hand-over'kan tugas2 aku kepada Akak Zuraida...iaitu staff yg akan menggantikan aku bila aku habis praktikal nnt...bahagian IT akak nih...lulusan Unitar...

Sungguh best staff2 kat sini...rasa takmau berenti praktikal...sedih laa rasanya...Sebut pasal nak berhenti nih aku ada terfikir nak bagi souvenir kat supervisor aku ngan staff2 yg rapat ngan aku...tapi aku tak tau nak bagi apa...kawan2 tolong bagi cadangan...



Adiosss...
posted by Farhan @ 8:59 PM   0 comments
Tuesday, June 20, 2006
Tun Dr.M vs Pak Lah
Sejak akhir2 nih media banyak menghangatkan kisah 2 orang pemimpin Melayu ini...seorang bekas Perdana Menteri yang disanjungi ramai dan seorang lagi Perdana Menteri yang baru meningkat naik...

Kalau orang tanya aku sokong siapa...sudah tentu aku sokong Tun Dr.M.....ini berdasarkan konsep kepimpinan yg beliau tunjukkan sepanjang pemerintahan beliau...berbanding dengan Pak Lah yang konsep kepimpinan beliau dilihat agak slow atau 'mandom'...Amalan politik Pak Lah juga dilihat agak kotor dimana sebagai rakyat biasa kita boleh tengok secara terang-terangan...

Dari segi ekonomi plak aku dapat rasakan Pak Lah tak menjana ekonomi Malaysia (ekonomi suku sakat dia ada la kot)....dan hasilnya semua harga barang naik....

Jika di era Tun, rakyat merasa selamat dengan inflasi terkawal, kerana penjanaan ekonomi negara dilakukan tanpa membebankan kehidupan seharian rakyat. Malah duit EPF rakyat masih dapat dinikmati bila tiba masanya tidak kira samada kerajaan menggunakannya atau tidak untuk penjanaan ekonomi. Di masa yang sama juga, Tun memastikan agar negara tidak terbeban dengan ‘hutang yang tidak sihat’ dalam mengambil tindakan ini. Segala projek mega dibangunkan untuk menyediakan Malaysia menghadapi kemajuan sepenuhnya pada tahun 2020 - dengan kos hari ini. Hasilnya, rakyat hidup senang, syarikat milik kerajaan juga tidak susah dan negara juga tidak terbeban.

Rakyat, syarikat kerajaan dan negara bersama-sama meningkat pada kadar yang memuaskan di waktu itu.

Namun, di era Pak Lah ini, rakyat terasa bagai dianak-tirikan. Suara rakyat, iaitu pekerja syarikat milik kerajaan, vendor-vendor syarikat tersebut, kontraktor dan sub-kontraktor yang terlibat dalam berbagai projek mega, peniaga-peniaga dan seluruh rakyat biasa bagaikan tiada nilai di mata kerajaan.

Jika harga naik, rakyat harus terima. Jika syarikat tutup, rakyat harus terima, Jika projek batal, rakyat harus terima. Jika banyak soal – salahkan Tun Dr. Mahathir.

Sebuah keluarga mungkin boleh senang dalam masa 10 tahun jika mereka berjimat dan menyimpan. Wang itu kemudian bolehlah diguna untuk menghantar anak-anak ke Universiti atau menunaikan Haji atau melancong. Penjimatan dan simpanan boleh membuat sesebuah keluarga itu senang tetapi tidak boleh membuat keluarga itu kaya. Jika ingin kaya, wang penjimatan dan simpanan perlu dijana dengan cara melabur atau berniaga. Pinjaman mungkin juga diperlukan untuk memastikan penjanaan ini membuahkan hasil yang maksimum atau memuaskan.

Tetapi negara yang berjimat cermat dan ‘menyimpan’ tidak akan menjadi senang,jauh sekali menjadi kaya. Negara yang berjimat cermat dengan tidak berhemat hanya menyebabkan rakyatnya tidak dapat menyimpan langsung. Ini kerana pendapatan rakyat yang punya sedikit lebihan sebelum ini yang digunakan untuk menyimpan, kini tidak punya lebihan langsung kerana terpaksa menanggung harga barangan yang terus naik sehingga tiada ruang lagi untuk penjimatan apatah lagi untuk menyimpan. Rakyat yang susah akan menjurus kepada ekonomi yang lembab apabila dayabeli mula menurun.

Justeru, sudah pastinya, Tun Dr. Mahathir telah menyediakan landasan yang betul untuk Malaysia sebelum ini. Namun entah bagaimana Malaysia kini telah berada di atas landasan yang lain yang kononnya akan membawa kita ke destinasi yang sama. Sedangkan landasan yang terang-terangan bertentangan arah tidak mungkin dapat membawa kita ke destinasi yang sama.

Disini aku sangat sangat bersimpati kepada Tun kerana tersilap memilih pengganti dan gagal mendidik mereka sehingga beliau berpeluang melihat dengan mata kepala beliau sendiri akan kejahilan yang ada pada pemimpin-pemimpin Melayu hari ini. Begitulah ertinya MELAYU MUDAH LUPA!!!!

DEMI AGAMA DAN NEGARAKU MALAYSIA DICINTAI.
TERUSKAN PERJUANGAN MU TUN DR MAHATHIR
posted by Farhan @ 2:03 PM   0 comments
Sunday, June 18, 2006
Last hang-out ngan kawan2 for this semester
Malam tadi seperti yang dirancang, aku, Hanis, Ali, Alang, Radin, Abang, Nazri, Shahril dan Syed berlepak kat NZ Ampang...kekekee...menonton World Cup...berborak-borak...this is the last time berlepak2 kat NZ for this semester...

Tinggal 5 hari lagi nak habiskan praktikal kat MAS...hari Jumaat hari last...hari Sabtu nak rehat...pastu hari Ahad nak balik Kedah...

So, hopefully minggu last nih dapat siapkan report at least 80%...nak lengkapkan log book...pastu nak balik ke hometown dengan gembira...kekeke...bukan nak layan AF4...tak best ahh AF4...nak layan World Cup daa...nak tunggu pasukan kegemaran...Brazil...sebut pasal Brazil dulu time sekolah kawan2 aku ada panggil aku Ronaldo...kepala aku plak botak time tuh, memang kena laaa....kekeekeee....

OK daa...nak sambung buat report...

Ohh..my office...my experience, my memories, ....Flight Management Centre, KLIA...



p/s: nanti kongsi-kongsi laa report ekk...boleh bertukar-tukar pendapat...kekekekeee
posted by Farhan @ 2:53 PM   0 comments
Friday, June 16, 2006
Ermm...aaaa...ermmm
Apa ekk nak tulis kat sini...??? Ermmm cuma nak tulis pasal kejer jer laa...Semalam ngan harinih aku kena jadik tutor...mengajar orang pasal MS Office Application especially pasal MS Power Point

Pastu ader sorang staff baru masuk...so secara official nyer sebelah aku nanti ader sorang staff baru...Nama Akak Aida..aikk...dah ader 2 orang nama Aida...kekekee...dua-dua segak plak tuh...kekekeeee....
posted by Farhan @ 9:38 PM   0 comments
Wednesday, June 14, 2006
Tinggal seminggu je lagi nak habiskan praktikal....
Ermm...macam tak percaya jer dah nak habis rupanya training aku kat MAS nih...bila aku cakap kat staff2 kat sini yang minggu depan ialah minggu terakhir aku kat situ semua agak terkejut laa...ye laa..kat sapa lagi depa nak mintak tolong manage IT infrastucture..nak update database lagi...nak setting...nak configure...dan memacam lagik...dan makin nak habis nih makin ramai plak yang macam nak bermesra-mesra ngan aku...nak mintak tolong aku bagi tutorial laa...mintak tolong aku bagi tranining laa...isk..iskk..isskkk...tetiba rasa sedih pulakk...ye laa...aku kan orang paling muda kat sini...cewahhh...sampai supervisor aku komen kat lecturer yg aku nih tak cukup matured...hehehee

Tak tau laa nak tulis apa lagik...tiba2 rasa sedih melanda diriku ini...oooo...NO...TIDAK...NGAK MUNGKIN...isk..iskk...iskkk :(
posted by Farhan @ 11:35 PM   0 comments
Tuesday, June 13, 2006
Jeng...jeng...jenggggg.....Presentation Day
"MrBong here!My schedule has been chged.I'll reach ur office at 9:05am.Dont worry!"...itulah SMS yg dikirimkan oleh Mr Bong iaitu visiting lecturer akuu...Perasaan aku bertambah nervous laa...janji pukul 11.00 nak datang...alih2 pukul 9.00 plak dah sampai...erkkk....aku dah laa tak buat preparation...aku dah plan dah nak prepare antara pukul 8.30 sampai kol 10.00...tetiba jadik camni...sape yg tak menggelabah beb...nasib baik laa slide presentation aku dah siap...Mr Bong...U're very flexible man...hahahaaa...

Mengikut training schedule, sepatutnya Mr Bong kena datang pada 19 Jun iaitu minggu depan...tapi semalam dia call cakap nak datang hari nih...kira laa berapa banyak dia punya flexible...isk..isk..isk..sebabnya dia ada flight ke Kuching pukul 1.00...so dia kata just nak drop by...ape2 je la Mr Bong

Mengenai presentation plak...umphhh...sebelum aku start present aku ada bawak Mr Bong pegi breakfast dulu...(bodek sket)...time breakfast memacam aku ckp kat dia...tak prepare laa...tak ready laa...dan dia asyik cakap Don't worry...don't worry...last skali aku cakap.."Could I've only 10minutes presentation??"...hehehe...dan dengan relaxnya dia cakap "It's OK"...lalalaaaa

Time present plak rasa macam biasa jaa...cakap jer 10 minit...alih2 jadik setengah jam...hahaaa...semua berpuas hati dengan presentation aku...ooo..lupa plak nak cakap...yg ada dalam presentation room aku, Mr Bong, Abg Saiful dan Akak Aida...dan komen yang diber kepada aku oleh Abg Saiful selaku Supervisor aku sangat2 memberangsangkan aku...lalalalaaaaaa.....U did it MAN!!!! cuma komen yang last tuh aku tak tahan..."U must be more matured....Iknow U're student..but in working environment U must be more matured"...hahh??? aku tak matured ke ??...hehehee...tu laa..memain lagi...maklum laa...kat sini aku laa orang paling muda....yang steward ngan stewardess tu tak kira laaa...depa tuh dah dilatih jadik matured...masa time Q&A plak...Mr Bong plak yg tanya soalan pasal MAS...pendapat opportunity , future IT placements, collaboration opportunity dan lelain lagi...bla..bla..bla...abisss...perghh...dekat sejam rupanya....

Abis presentation...aku hantar Mr Bong sampai ke terminal...(bodek lagi)...huhuhuuu...dia nak pegi check-in flight kat LCCT (laa...naik Air Asia rupanya)

Dah...abis dah...sambung balik rutin hari aku...

p/s: Jom celebrate during the end of industrial training @ ZOUK...
posted by Farhan @ 2:22 PM   0 comments
Saturday, June 10, 2006
Vacation @ Cherating in Planning
Hermm...malam tadi lepak kat NZ kat Wangsa Maju....happening btol tempat nih...alaa...macam Uptown Damansara jugak lerr...antara yang ada ialah Hanis, Ali, Dik Min, Radin, Abang, dan Shahril...Tujuan utama melepak kat sini ialah untuk berbincang mengenai Cuti-cuti Malaysia ke Cherating yang akan kami buat pada 21 Julai 2006...huhuuu...dah lama tak bercuti ngan kawan2...boleh buat gilaa sikit kalau pegi bercuti ngan kawan2 'sekepala'...kalau pegi ngan family mampos nak buat perangai gila akuu..huhuhuuu....

Selepas pekena 2 gelas air, chicken wing(radin belanja...dpt duit TI), dan 2 bijik dapur shisha...(perisa apple ngan strawberry iced mint)...kepala pon dah pening...challow blk Kenaria...Huarghhh...lapaq shihsha laaa....
posted by Farhan @ 6:23 PM   0 comments
Friday, June 09, 2006
The Apprentice Season 5 Finale
Yeahhh...dah agak dah mamat nih akan menang...Kesimpulannya, pemenang The Apprentice Season 5 nih agak kreatif dan ada leadership skills...Ni sedikit review pasal kemenangan Sean:

The latest “Apprentice” selected by Donald Trump didn't just win a high-paying job, he also found a fiancee on the NBC reality show.
Trump chose Sean Yazbeck, a London-born recruitment consultant, over 22-year-old Lee Bienstock, a business analyst who lives in New York City.

“Lee, you're fired. Sean, you're hired,” announced Trump at the live finale Monday night in Los Angeles, where the sixth season of the show will take place.

Yazbeck, 33, disclosed that he plans to marry another season five contestant, Tammy Trenta, a 33-year-old wealth manager whose hometown is Edison, N.J. They began dating during the filming of the show.

The newly dubbed “Apprentice,” who lives in Miami, claimed – as he drove away in a new car – that he would make Trump proud.
“I'm going to show you as soon as possible that you made the right decision,” he said. “I'm going to work my fingers to the bone and I'm going to make you richer than you are already.”
Yazbeck will oversee the development of the Trump International Hotel and Tower, a 50-story condominium hotel in New York expected to be completed in 2008.

Season five of “The Apprentice” was the first in which international contestants could compete. The NBC show has gradually declined in the ratings, this season averaging about 10 million viewers an episode.

As perhaps an attempt to mimic Fox's “American Idol,” viewers were able to vote for their favorite finalist, the results of which Trump said he would consider in making his decision. On Monday, voting favored Yazbeck.
posted by Farhan @ 10:43 AM   0 comments
Thursday, June 08, 2006
Over The Hedge
Semalam baru layan cerita Over The Hedge...Cerita nih sangat-sangat best....Ni aku paste sket review org pasal cerita nih:

RJ (Bruce Willis) is a raccoon, specialist on finding and stealing food, as every raccoon in the world. During a night, RJ tries to steal all the food reserves of Vincent (Nick Nolte), a big bear, but the raccoon's ambition makes that all the food loot get lost. Vincent warns RJ that he'll should put back all his food when full moon comes, otherwise he will regret having steal the food. Meanwhile, a group of animals headed by a cautious turtle, Verne (Garry Shandling), is worried because spring has come and there's not enough food for everyone. Verne tells that they will be fine eating plants and some bark. Later, they find that their wood has a frontier, formed by a giant bush. They're scared of crossing to the other side, where the suburbs exist. But RJ comes to the scene, telling that there's no danger in the suburbs, and that they will find all the food they want there. Nevertheless, Verne will distrust in RJ, because he thinks that there's something suspicious about him, trying to convince the group that natural food is better than junk human food. Verne won't be wrong, because RJ is only using them to get the food for Vincent. A pair of opossums, a family of porcupines, a nervous squirrel and a female skunk, will plan a risky theft to a house, drawing a lot of obstacles, like a silly exterminator, a cat and the neurotic house owner.

p/s: recomended movie...

Sebut pasal Over The Hedge...aku hari nih pon Over The Hedge gak....sebabnya start harinih aku dah tak naik ERL pegi KLIA...aku merempit...sebab aku dah tau shortcut ke KLIA..tak payah masuk highway...tak payah bayar tol...30 minit jer dah sampai...huhuhuuu...selama nih aku ingat KLIA nih jauh laa sangat...rupa-rupanya kampung sebelah jaa...
posted by Farhan @ 1:22 PM   0 comments
Wednesday, June 07, 2006
Tarikh-tarikh penting bulan ini...
OK...memandangkan tinggal lebih kurang 2 minggu lagi jer nak habiskan praktikal nih...aku nak catit sikit tarikh-tarikh penting:

5-9 Jun : Nak habiskan log book
9 Jun : Meeting Vacation to Cherating kat NZ @ 9.00p.m
11-16 Jun : Nak siapkan slide utk presentation & completekan report
19 Jun : Visiting Lecturer ( Mr. Bong Kit Siang )
20-23 Jun : Maybe temankan Ali beli kamera baru
23 Jun : Praktikal dah habis
24 Jun : Balik rumah kat Kedah

So...harap2 semua perancangan akan berjalan dengan lancar...Amin...
posted by Farhan @ 12:21 AM   0 comments
Monday, June 05, 2006
Kuala Lumpur International Motorsport Show 2006 (KLIMS 2006)
Sebut pasal motorshow atau autoshow....secara automatik aku tiba-tiba akan jadi bersemangat dan berghairah....perasaan itu jugak terjadi sekiranya aku dengar pasal airshow (pertunjukkan udara)....Sebenaqnya perasaan ini datangnya dari minat aku sejak kecik yang memang minat pasal kenderaan yang laju, menarik dan sophisticated....tapi malangnya minat aku tuh boleh dikatakan tak bermakna sangat sebab aku tercampak ke bahagian IT (Teknologi Maklumat)...cisss...andai dapat ku undurkan masa...cewahhh...teringat lagu band Axl's...band tahun 80an....huhuhuuuu....sepatutnya aku masuk ke bahagian engineering sebab kecenderungan aku ke arah itu...tapi semuanya kini dah silap langkah...amik IT plak tuh...kena buat programming bodoh tuh....pastu nanti tak tau lerr nak keja apaa...sejak aku berpraktikal nih...aku dapat simpulkan bahawa keja IT nih tak best...takdak life...

Oleh itu...kalau nak cari life...jom ikut preview aku pasal KLIMS 2006 yang diadakan baru-baru nih...

Seperti yang telah dijanjikan, aku, Abu Zar, Ali dan Alang...(aikk...apsal semua start dengan huruf 'A'??? huhuhu), berkumpul kat PWTC tepat jam 11.30pagi....beli tiket..(tiket RM5 jer sebab tunjuk kad student)...kaki kami pon melangkah ke dewan pameran....

Dewan 1: Kebanyakkan kereta ialah kereta Proton, Lotus, Chevrolet, Modenas dan beberapa jenis kereta lagi...kebanyakannya kereta kat sini dah biasa tengok...kecuali kereta konsep Proton iaitu Proton APX

Dewan 2: Nissan, Naza, Brabus dan beberapa syarikat aksesori kereta...

Dewan 3 & 4: Renault, Hyundai, Superbike, dan aksesori kereta lagiii...

Dewan 5: Peugeot, Mazda, Kia, classic cars, classic bikes dan yang paling menarik hati aku ialah Perodua...sebabnya aku sekarang bercinta dengan Perodua MyVi...sebab tuh aku suka sangat tengok Myvi Sport Edition...lawa oooo....

Dewan 6: Kereta konsep Toyota, Ford, Volvo, dan beberapa model semasa kenderaan dari jenama2 tersebut...

Dewan 7: Honda, Mercedes, Smart

Dewan 8: Ferrari, Porche, BMW, Pagani Zonda, Mini Cooper, dan beberapa lagi jenis kereta mewah yang harga sebijik tuh RM1 juta-RM3 juta....

Kesimpulannya....motorshow kali nih best...penat gak laa pusing2 kat dalam tuh...4 jam ooo pusing2 dalam tuh...tapi minat punya pasal...tak kisahhh...janji ROWKS....



p/s...kalau nak tengok gambar2 menarik kat sana...masuk laa fotopages akuu....http://mofarby.fotopages.com
posted by Farhan @ 9:18 PM   0 comments
Sunday, June 04, 2006
Selamat datang ke weblog kedua aku ...
Bismillahirrahmanirahim....

Selamat datang ke weblog terbaru aku...dah selepas ini aku akan pakai weblog nih sampai bila-bila kalau takdak masalah laaa.....weblog lama tuh ( http://mofarby.blogspirit.com) dah tak pakai...banyak betul masalah ngan weblog tuh...

Salam....
posted by Farhan @ 7:18 PM   0 comments
About Me

Name: Farhan
Home: Bangi, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
My Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER